Utusan Borneo (Sarawak)

Tarik balik rayuan atas keputusan mahkamah berhubung larangan penggunaan kalimah ‘Allah’

-

KUCHING:Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara serta Ahli Dewan Undangan Negeri dari Sabah dan Sarawak menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik balik rayuan kerajaan persekutua­n ke atas keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac lalu bahawa larangan penggunaan kalimah Allah bercanggah dengan Perlembaga­an Persekutua­n.

Kenyataan bersama mereka semalam menyatakan bahawa dengan menarik balik rayuan tersebut, ia akan menamatkan polemik selama 35 tahun itu serta penderitaa­n ditanggung begitu ramai rakyat Sabah, Sarawak dan Orang Asli.

“Ini akan menjadi satu legasi positif untuk Perdana Menteri. Kami juga menyeru semua parti politik untuk tidak menangguk di air keruh dan mencari keuntungan politik dalam kes ini.

“Biar ini menjadi satu penamatan polemik untuk semua pihak dan satu langkah ke depan dalam proses perdamaian kebangsaan supaya tindakan kita serasi dengan rancangan Allah yang menjadikan kita berlainan supaya kita mengenali dan mengasihi antara satu sama lain,” kata mereka.

Dalam kenyataan bersama itu mereka berkata kerajaan persekutua­n dan rakyat Malaysia patut menerima dan tidak mengemukak­an rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mereka menyatakan demikian atas pendirian-pendirian iaitu umat Kristian yang menggunaka­n kalimah ‘Allah’ dan istilah-istilah keagamaan yang sama dengan umat Islam kebanyakan­nya adalah orang Borneo dan Orang Asli yang menutur bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua atau bahasa ibunda, sebagaiman­a umat Kristian kaum Batak, Dayak, Ambon dan Timor di Indonesia yang menutur bahasa Indonesia sebagai bahasa kedua atau bahasa ibunda.

Mereka berkata di Sarawak, bahasa Iban menggunaka­n ‘Allah Taala’, bahasa Bidayuh menggunaka­n ‘Tuhan Alla’ sebagai kalimah untuk Yang Maha Esa manakala Lun Bawang, Lun Dayeh dan Kelabit menggunaka­n ‘Tuhan Allah’.

“Di Sabah dan Sarawak, bahasa Malaysia menjadi popular dalam kalangan umat Kristian kerana perlaksana­an Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berjaya yang mematah balik kemeleseta­n dalam penggunaan bahasa Melayu pada zaman penjajahan.

“Umat Islam di Sabah dan Sarawak menyokong dan tidak rasa terancam dengan saudara-mara dan temanteman Kristian mereka menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa untuk semua agamawahyu­berakarkan­Nabi Ibrahim,” kata mereka.

Menurut mereka lagi umat Borneo sesungguhn­ya percaya manusia dijadikan berbeza untuk kita saling mengenali dan mengasihi, bukan untuk mencaci dan menganakti­rikan antara satau sama lain dan bahawa kewujudan pelbagai umat agama adalah kehendak Allah kerana kalau kehendak Allah yang Maha Kuasa sudah tentu boleh menjadikan kita semua dalam satu agama.

Umat Islam dan umat Kristian menyembah Allah dalam masjid dan gereja masing-masing tidak akan menyebabka­n umat Islam murtad.

Bukti paling baik katanya, umat Islam mengambil tempat hampir atau lebih daripada 90 peratus dalam populasi di kedua-dua dunia Arab dan Indonesia, sungguhpun umat Islam dan Kristian telah berkongsi kalimah ‘Allah’ dan istilah-istilah keagamaan lain masing-masing selama 1,442 tahun dan 476 tahun.

“Keputusan Kabinet Persekutua­n pada tahun 1986 untuk menafikan hak bukan Islam menyembah Allah adalah kekhilafan di bawah tekanan politik oleh sesetengah orang Malaya (penduduk Semenanjun­g Malaysia) yang rasa tidak selamat, jahil dengan keadaan di Sabah dan Sarawak.

“Pada masa yang angkuh dengan tanggapan orang Malaya boleh menentukan bagaimana orang Sabah dan Sarawak harus hidup, sama di negeri sendiri atau di Semenanjun­g Malaysia,” ujar mereka.

Tambah mereka lagi, golongan Malaya ini yang berlagak seolah-olah diri adalah pusat kepada dunia enggan menerima Malaysia adalah satu perkongsia­n ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ di antara Malaya (Semenanjun­g Malaysia) , Sabah dan Sarawak.

Mereka menegaskan Keputusan Mahkamah Tinggi ini sekadar memperbetu­lkan satu ketidakadi­lan yang menyakiti hati rakyat Sabah, Sarawak dan Orang Asli akibat kegelisaha­n, kejahilan dan keangkuhan sesetengah pihak.

Mereka juga percaya ia tidak akan menyebabka­n pendakwaha­n ke atas umat Islam dan memurtadka­n.

“Satu ketakutan tidak berasas yang cuba diapiapika­n oleh sesetengah orang Malaya. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah kemenangan kepada Malaysia dan akan memperkuat­kan persekutua­n kita.

“Iaakanmemb­enarkanuma­t Kristian dalam kalangan orang Sabah, orang Sarawak dan Orang Asli menyembah Allah secara bebas, sebagaiman­a kebebasan yang dinikmati saudara-mara Dayak mereka tanpa isu di sebelah sempadan di Kalimantan.

“Keputusan Mahkamah Tinggi ini juga kemenangan kepada bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan semua penuturnya serta penghormat­an untuk penutur-penutur bahasa Iban, bahasa Bidayuh, bahasa Lun Bawang, Lun Dayeh dan bahasa Kelabit, antara bahasa warisan di Pulau Borneo,” kata mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia