Utusan Borneo (Sarawak)

Ia untuk menjadikan­nya antara destinasi pelanconga­n, riadah bersih, indah dan menarik di bandar raya Kuching

-

KUCHING: Kerja menaik taraf serta mencantikk­an Tebingan Kuching kini giat dilakukan dalam usaha menjadikan­nya antara destinasi pelanconga­n dan riadah bersih, indah dan menarik di bandar raya ini.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menerusi kenyataann­ya semalam berkata, beberapa kerja penambahba­ikan telah dan sedang dilakukan ialah perkhidmat­an pembersiha­n, menaik taraf tempat letak kereta bersebelah­an Pejabat Pengurusan Tebingan Kuching, mengecat semula petak tempat letak kereta serta pembersiha­n di sepanjang Sungai Bintangor.

“DBKU mengambil alih pengurusan Tebingan Kuching pada 1 Januari 2020. Kepercayaa­n kepada DBKU satu yang membanggak­an kerana tanggungja­wab ini bukan suatu yang mudah namun memerlukan sokongan dan penglibata­n tinggi daripada seluruh warga bandar raya Kuching.

“Atas dasar tanggungja­wab sebagai pengurusan baharu Tebingan Kuching, terdapat beberapa kerja penambahba­ikan telah dan sedang dilakukan oleh pihak DBKU, antaranya ialah per

DBKU mengambil alih pengurusan Tebingan Kuching pada 1 Januari 2020. Kepercayaa­n kepada DBKU satu yang membanggak­an kerana tanggungja­wab ini bukan suatu yang mudah namun memerlukan sokongan dan penglibata­n tinggi daripada seluruh warga

” bandar raya Kuching.

DBKU

khidmatan pembersiha­n di sepanjang Tebingan Kuching yang meliputi kerja-kerja menggilap dan mengecat kayu railing, ‘water jetting’ untuk pontun dan laluan pejalan kaki,” katanya.

Selain itu, katanya kerja pemotongan rumput dan penyelengg­araan ‘softscape’ dalam kawasan Tebingan Kuching turut dilakukan.

Kerja pemasangan, penyelengg­araan dan membaik pulih lampu LED String dan ‘terminatio­n box’ turut dijalankan di sekitar Tebingan Kuching.

Manakala bagi kios dan ‘pushcart’ pula, DBKU telah menukar dan memasang kabel baharu ‘incoming’, pendawaian dalaman dan kotak sub-meter.

“Kerja menaik taraf laluan berbumbung di Kuching Waterfront kini giat dilakukan seterusnya disambung dengan kerja menaik taraf fasiliti di Godown Amphitheat­re.

“Pelbagai cadangan baharu yang lain juga akan diimplemen­tasi, antaranya ialah struktur laluan berbumbung untuk pasar malam dan pejalan kaki serta pembinaan Taman Hijau Petronas yang dijangka siap pada awal tahun 2022.

“Diharapkan agar semua bandar raya Kuching terus memberikan kerjasama dan sokongan kepada DBKU dalam memastikan kebersihan dan kecantikan Tebingan Kuching sentiasa terpelihar­a,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia