Utusan Borneo (Sarawak)

PPV skala besar untuk fasa ketiga vaksinasi

Kerajaan kini sedang merangka strategi dan penyediaan peruntukan, kata Khairy

-

IPOH: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala besar akan diwujudkan di semua negeri dengan pemberian vaksin kepada kirakira 8,000 orang sehari.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini sedang merangka strategi dan penyediaan peruntukan bagi tujuan tersebut.

“Arahan daripada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) hendak selesai (pemberian vaksin kepada rakyat) tahun ini juga, jadi ini akan memerlukan PPV yang berskala agak besar.

“Kita sedang melihat kepada satu PPV yang mungkin boleh (sehingga dapat) selesaikan kira-kira 8,000 (penerima vaksin) satu hari bagi fasa ketiga, sebagai contoh di Kuala Lumpur iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPV di Stadium Indera Mulia di sini semalam.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincang­an dengan Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad untuk menyediaka­n PPV yang lebih besar di bandar raya Ipoh.

“Sebagai contoh, Stadium

Kita sedang melihat kepada satu PPV yang mungkin boleh (sehingga dapat) selesaikan kira-kira 8,000 (penerima vaksin) satu hari bagi fasa ketiga, sebagai contoh di Kuala Lumpur

” iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Khairy Jamaluddin

Indera Mulia hanya mampu (memberi vaksin kepada) 1,400 (orang) sehari sahaja, kalau ingin lihat kepada kapasiti lebih besar mungkin 5,000 ke atas memang memerlukan PPV yang lebih besar,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menggerakk­an kempen dari rumah ke rumah untuk menggalakk­an penduduk terutamany­a dari Kelantan, Terengganu dan Sabah, agar segera mendaftar diri sebagai penerima vaksin COVID-19.

Beliau berkata kurangnya pengetahua­n dan kesedaran orang ramai terutama yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman mengenai keperluan menerima vaksin, menyebabka­n pendaftara­n vaksin di ketigatiga negeri itu paling rendah setakat ini.

“Ini disebabkan maklumat berkaitan vaksin tidak tepat yang disebar luas dalam media sosial, jadi saya akan bertemu dengan Ahli Parlimen minggu depan dan minta sokongan daripada mereka supaya menggalakk­an penduduk di ketiga-tiga negeri itu melakukan pendaftara­n,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini pihak kementeria­n belum menerima sebarang permohonan rasmi mahupun hitam putih daripada mana-mana negeri untuk pembelian vaksin COVID-19.

“Masalahnya sekarang ialah kekurangan bekalan, kalau hendak beli pun kita mempunyai masalah bekalan akses vaksin tersebut. Kalau mereka dapat beli saya tidak ada apa-apa masalah, kita boleh memberi kebenaran kepada kerajaan negeri untuk membuat perolehan, cuma buat masa ini kita mempunyai masalah bekalan vaksin,” katanya.

Beliau berkata negeri Pahang, Johor, Sarawak dan Selangor telah menyatakan hasrat untuk membeli sendiri vaksin sebagai tambahan kepada vaksin yang diperuntuk­kan oleh kerajaan pusat bagi meningkatk­an kapasiti program imunisasi di negeri berkenaan.

Dalam perkembang­an lain, Khairy berkata Malaysia tidak layak menerima vaksin secara percuma disebabkan kedudukan negara yang dikategori­kan sebagai ekonomi pendapatan pertengaha­n atas.

“Kita (Malaysia) tidak layak (dapat vaksin percuma) sebab bukan dalam kategori negara berpendapa­tan rendah. Banyak negara lain dapat bekalan vaksin percuma dari China, India dan Rusia kerana negara itu dianggap sebagai negara berpendapa­tan rendah.

“Jadi, diskaun pun tidak dapat, percuma pun tidak dapat... kita kena beli sendiri untuk dapatkan vaksin,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media berkata terdapat laporan yang menyatakan bahawa kerajaan India menawarkan untuk memberi vaksin secara percuma kepada beberapa negara, selain mempersoal­kan sama ada Malaysia ditawarkan vaksin percuma berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Khairy (tengah) melihat para petugas barisan hadapan melakukan pendaftara­n sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19 ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Khairy (tengah) melihat para petugas barisan hadapan melakukan pendaftara­n sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19 ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia