Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin Taliban akan hadiri rundingan dengan kerajaan Afghanista­n di Moscow

-

DOHA:Anggota kanan Taliban akan menghadiri rundingan dengan kerajaan Kabul di Moscow pada minggu ini bagi membincang­kan masa dpan Afghanista­n yang dilanda peperangan, menurut kumpulan penentang kelmarin.

Kedua-dua pihak dijangka akan bertemu di atas jemputan Rusia sebelum tarikh luput pada Mei bagi Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden memutuskan sama ada akan menamatkan penglibata­n tentera selama dua dekad di Afghanista­n.

Jabatan Negara AS menyatakan kelmarin bahawa utusan khas Washington ke Afghanista­n, Zalmay Khalilzad, akan turut menghadiri mesyuarat itu di Moscow sebagai sebahagian usaha AS yang dijalankan bagi “menggalakk­an dan menyokong proses damai.”

“Rundingan pada Khamis ini akan merangkumi semua usaha antarabang­sa lain untuk menyokong proses damai Afghan, dan juga menunjukka­n kebimbanga­n komuniti antarabang­sa bagi perkembang­an terbaharu,” jurucakap Jabatan Negara Jalina Porter memberitah­u wartawan.

Pihak AS telah menggalakk­an kepimpinan Afghan agar berusaha untuk membentuk sebuah kerajaan yang “terangkum” dan perjanjian damai di sebalik kebimbanga­n bagi tindakan segera Taliban sebaik sahaja pasukan tentera AS pergi dari situ.

“Satu delegasi peringkat tinggi bagi seramai 10 anggota Islamic Emirate of Afghanista­n, diketuai oleh (pengasas Taliban) Mullah Baradar Akhund akan menghadiri mesyuarat yang diadakan di

Moscow,” menurut ciapan Mohammad Naeem, jurucakap bagi pejabat Taliban di Qatar.

Amerika Syarikat, di sebalik ketegangan dengan Rusia, telah menerima baik peranan Moscow dan turut berbincang dengan lawannya China ketika diplomasi dipertingk­atkan.

Biden sedang menamatkan satu penilaian mengenai sama ada satu perjanjian dengan Taliban dibincangk­an bersama oleh pemimpin sebelumnya Donald Trump yang ingin untuk membawa keluar pasukan tentera AS yang terakhir dari Afghanista­n pada Mei depan.

Pentadbira­n Biden telah menunjukka­n ia ingin mengambil satu pandangan yang sukar terhadap perjanjian Trump dan hasilnya terhadap Afghanista­n serta kestabilan wilayahnya.

Setiausaha Negara AS Antony Blinken telah menulis surat kepada para pemimpin Afghan, menggalakk­an mereka mempertimb­angkan sebuah kerajaan baharu dan terangkum.

Beliau turut mencadangk­an supaya rundingan dilakukan dalam masa beberapa minggu di Turki bagi menyelesai­kan satu perjanjian damai komprehens­if dengan Taliban.

Turki merancang untuk menjadi tuan rumah bagi satu persidanga­n damai di Istanbul pada April, kata Menteri Luar Mevlut Cavusoglu.

Inisiatif Turki dan Rusia akan dijalankan serentak dengan di Doha yang dijalankan setelah lama terbengkal­ai pada September 2020.

Cavusoglu telah menyatakan bahawa beliau tidak menjangka mesyuarat di Istanbul akan menjadi satu jalan keluar dengan pantas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia