Utusan Borneo (Sarawak)

Beyonce artis wanita paling banyak menang Anugerah Grammy

-

PADA Ahad lepas, Beyonce telah menjadi artis wanita yang paling banyak memenangi Grammy dalam sejarah dengan lebih banyak anugerah berbanding mana-mana penghibur wanita atau lelaki lain, lapor Anadolu Agency.

Selepas merangkul trofi ke-28 beliau dengan Persembaha­n R&B Terbaik bagi ‘Black Parade’ dalam Anugerah Grammy tahun ke-63, beliau sekarang seri dengan pengarah berusia 88 tahun Quincy Jones.

“Sebagai seorang artis, saya percaya ia adalah tugas saya dan tugas semua kita untuk mengimbas masa dan ia merupakan satu masa yang sukar. Maka saya ingij membantu untuk menaikkan semangat, menggalakk­an dan meraikan semua ratu dan raja Kulit Hitam yang berterusan menjadi inspirasi saya dan inspirasi seluruh dunia,” kata beliau di LA Convention Centre, di mana pengacara The

Daily

Show, Trevor Noah adalah pengacaran­ya.

“Ini adalah sangat mengujakan, saya telah berusaha sepanjang hidup saya sejak berusia 9 tahun,” menurut Beyonce Giselle Knowles-Carter, 39, yang telah memenangi Grammy pertamanya pada 2001 sebagai sebahagian dari Destiny’s Child semasa beliau berusia 19 tahun.

Billie Eilish, 19, telah memenangi Anugerah Rekod Terbaik Grammy bagi tahun kedua berturuttu­rut untuk lagu hitnya ‘Everything I Wanted’ dan Taylor Swift memenangi Album Terbaik Grammy dengan ‘Folklore’.

Penyanyi Gabriella Sarmiento Wilson, lebih dikenali sebagai H.E.R. mengunggul­i Anugerah Lagu Terbaik Grammy untuk single ‘I Can’t Breathe’ sementara Megan Thee Stallion telah dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik Grammy.

Menerima anugerah bagi album Folklore, Taylor Swift turut mencipta sejarah dengan menjadi artis wanita pertama yang memenangi album terbaik sebanyak tiga kali. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia