Utusan Borneo (Sarawak)

Kes rogol Da’i: Pendakwaan serah dua dokumen perubatan

-

SHAH ALAM: Pihak pendakwaan telah menyerahka­n dua laporan perubatan berkaitan kes rogol melibatkan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian memaklumka­n perkara itu semasa kes itu disebut semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rihaida Rafie semalam.

Beliau berkata dua dokumen perubatan dari Hospital Shah Alam, dekat sini dan Hospital Temerloh, Pahang juga telah diserahkan pihaknya kepada pihak pembelaan.

“Bagaimanap­un satu lagi dokumen perubatan dari Hospital Kajang dan satu laporan kimia masih belum diserahkan dan akan diberi kepada pihak pembelaan dalam masa terdekat,” kata Nor Baizura.

Peguam Syed Amirul Syed Edros mengesahka­n menerima keduadua dokumen perubatan tersebut dan mahkamah menetapkan 5 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal, 25, mengaku tidak bersalah merogol seorang wanita berusia 23 tahun di dalam bilik di sebuah kondominiu­m di I-City, Seksyen 7 di sini, pada 11.35 malam, 11 Sept 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Syed Shah Iqmal turut didakwa mencabul kehormatan seorang penuntut kolej swasta wanita di Mahkamah Majistret Petaling

Jaya dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas kesalahan melakukan persetubuh­an di luar tabii ke atas mangsa yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, 17 Oktober 2020. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Syed Shah hadir ke Mahkamah Sesyen semalam bagi sebutan semula kes pertuduhan yang dihadapiny­a iaitu merogol seorang wanita berusia 23 tahun, dua tahun lalu.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Syed Shah hadir ke Mahkamah Sesyen semalam bagi sebutan semula kes pertuduhan yang dihadapiny­a iaitu merogol seorang wanita berusia 23 tahun, dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia