Utusan Borneo (Sarawak)

Juara Agrotek beri inspirasi ceburi bidang pertanian

-

PUTRAJAYA: Rancangan realiti televisyen berkaitan pertanian, Juara Agrotek akan bersiaran di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai Jun ini bagi memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menceburi bidang pertanian.

Program 13 episod itu, akan menampilka­n 12 peserta rancangan realiti yang melakukan pelbagai tugasan dalam bidang pertanian antaranya menternak ayam organik, menanam ubi kayu dan tanaman lain dengan menggunaka­n teknologi terkini.

“Kita berharap program ini dapat mengubah persepsi masyarakat bahawa bidang pertanian bukan lagi bidang 3D iaitu dirty (kotor), difficult (susah) dan dangerous (bahaya),” kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Che Abdullah Mat Nawi dalam ucapannya pada majlis penutup rancangan Juara Agrotek itu, di sini semalam.

Seorang peserta Norayu Damit, 32, yang juga artis tanah air berkata pengalaman yang ditimba sepanjang rakaman program Juara Agrotek akan dijadikan panduan bagi mengembang­kan perniagaan­nya.

Beliau, yang mengusahak­an tanaman cili, kacang panjang, timun dan sayursayur­an lain di ladangnya di Hulu Langat, Selangor, berkata tugasan yang diberikan turut memberi pendedahan kepada peserta untuk mempelajar­i teknik pertanian seperti tanaman yang menggunaka­n sistem pencahayaa­n LED.

Seorang pengusaha tanaman rock melon di Melaka, Oh Yih Peng, 30, berkata beliau mendapat tahu mengenai program realiti Juara Agrotek itu melalui iklan di laman Facebook Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Saya mula bercucuk tanam pada 2016 dengan kaedah penanaman hidroponik sebelum beralih ke tanaman rock melon secara fertigasi. Pertanian adalah perniagaan dan saya puas hati bila dapat hasilnya,” kata bekas pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang mempunyai ladang di Pulau Gadong, Melaka itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia