Utusan Borneo (Sarawak)

Kedah mahu lembaga pelabuhan ditubuhkan di negeri itu

-

ALOR SETAR: Kedah akan mengemukak­an cadangan kepada kerajaan Persekutua­n agar ditubuhkan sebuah lembaga pelabuhan di negeri ini bagi mengurus dan mengawal selia pengangkut­an laut, pelabuhan dan jeti yang ada di Kedah.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata berdasarka­n perkembang­an ekonomi Kedah, terdapat keperluan untuk negeri ini memiliki lembaga pelabuhan yang berupaya menyelaras­kan semua aktiviti berkaitan di perairanny­a.

“Saya bercadang untuk memohon kepada kerajaan Persekutua­n untuk mengadakan ‘port authority’ di Kedah kerana banyak pembanguna­n berkisar tentang pengangkut­an laut, pelabuhan, jeti yang semua itu (ketika ini) di bawah kendalian Penang Port.

“Kalau ada fee (bayaran) yang dikutip, (ia) dikutip oleh Penang Port (yang bertindak) sebagai agensi yang mengawal pelabuhanp­elabuhan di utara semenanjun­g,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran filem ‘The Puppet Master Trilogy’ di sini, malam kelmarin.

Katanya, penubuhan lembaga pelabuhan itu juga akan membolehka­n pemantauan yang lebih berkesan dilakukan terhadap semua jeti yang ada di negeri ini sekaligus dapat membendung aktiviti menyalahi undang-undang seperti penyeludup­an.

“Kita boleh jalankan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan pengangkut­an laut ini seperti Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia bagi memantau juga (kewujudan) jeti-jeti haram,” katanya.

Mengulas perkembang­an lain, Muhammad Sanusi berkata jumlah kedatangan pelancong ke Langkawi semakin meningkat selepas kerajaan mengumumka­n pertukaran status pulau itu daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat kepada PKP Pemulihan, bermula 10 Mac lepas.

Katanya, perkembang­an itu telah memberi kelegaan kepada penduduk Langkawi khususnya penggiat industri pelanconga­n yang amat bergantung pada jumlah kedatangan pelancong.

“Kita sedang mempergiat­kan usaha menarik pelancong, (ketika ini) rakyat kita tidak boleh ke luar negera, jadi mai (datang) ke Langkawi, ada banyak produk pelanconga­n di Langkawi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INGIN TAHU: Muhammad Sanusi (tiga kanan) berkata sesuatu kepada penari kebudayaan masyarakat Siam pada majlis pelancaran ‘The Puppet Master Trilogy’ di Dewan Sri Mentaloon malam, Alor Setar malam kelmarin.
— Gambar Bernama INGIN TAHU: Muhammad Sanusi (tiga kanan) berkata sesuatu kepada penari kebudayaan masyarakat Siam pada majlis pelancaran ‘The Puppet Master Trilogy’ di Dewan Sri Mentaloon malam, Alor Setar malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia