Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwa ditipu Persatuan Kebajikan Golongan B40, ahli lapor ROS

-

KOTA BHARU: Wakil Persatuan Kebajikan Golongan B40 semalam membuat laporan di Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) Kelantan di sini, kerana mendakwa persatuan berkenaan menjalanka­n kegiatan bertentang­an dengan perlembaga­annya, sejak dua tahun lepas.

Wan Zahrah Kasim, 45, berkata ahli persatuan menyedari perkara berkenaan susulan janji manis yang telah diberikan kepada mereka yang sehingga kini tidak ditunaikan, sekali gus menimbulka­n tanda tanya dalam kalangan ahli.

Katanya, beliau serta lebih 4,000 ahli lain yang berdaftar menyertai persatuan itu selepas ditawarkan 15 jenis bantuan yang akan diberikan kepada golongan kurang berkemampu­an.

“Untuk menyertai persatuan ini, ahli perlu membayar sebanyak RM160 malah kami turut ditawarkan akan mendapat ‘habuan’ makanan keperluan asas yang bernilai RM30 hingga RM100 sekiranya dapat menarik seramai tujuh orang untuk menyertai persatuan ini.

“Saya berasa tertipu selepas tiga bulan mendaftar sebagai ahli iaitu sekitar September 2019, namun masih tidak menerima apa-apa maklum balas sehingga saya juga ‘dibuang’ daripada kumpulan WhatsApp persatuan ini pada Disember tahun lepas,” katanya ketika ditemui di pekarangan pejabat ROS Kelantan.

Sementara itu, Pengarah ROS Kelantan Dalila Diyana Mat Zaid berkata pihak ROS akan menjalanka­n siasatan berhubung dakwaan terhadap Persatuan Kebajikan Golongan B40 itu.

Jelasnya,laporanber­kenaan merupakan kejadian pertama yang diterima pihaknya melibatkan penipuan ahli dalam jumlah yang ramai, iaitu didakwa mencecah lebih 4,000 orang.

“Berdasarka­n semakan yang telah dilakukan, Persatuan

Kebajikan Golongan B40 ini adalah persatuan yang berdaftar secara sah di bawah ROS, namun menurut perlembaga­an keahlian, persatuan hanya tertakluk kepada golongan B40 yang hanya tinggal di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

“Perkara ini akan disiasat secara lebih lanjut dan akan dibawa ke peringkat ibu pejabat. Sekiranya didapati berlaku pelanggara­n perlembaga­an, persatuan akan diambil tindakan sewajarnya mengikut Akta Pertubuhan 1966 sehingga boleh menyebabka­n persatuan itu dibatalkan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT LAPORAN: Wan Zahrah menunjukka­n laporan polis berkait dakwaan terdapat kegiatan bertentang­an dengan perlembaga­an persatuan terbabit sejak dua tahun lalu ketika hadir ke Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) Kelantan di Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama BUAT LAPORAN: Wan Zahrah menunjukka­n laporan polis berkait dakwaan terdapat kegiatan bertentang­an dengan perlembaga­an persatuan terbabit sejak dua tahun lalu ketika hadir ke Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia