Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp teruja Liverpool mengatasi Wolves 1-0 di Molineux

Beliau menyatakan tidak mempunyai masalah dengan memenangi ‘tiga mata kotor’ dengan kepulangan Dioga Jota

-

Ini semua tentang keputusan. Ia perlawanan yang besar. Kami menang tiga mata kotor, dan saya tidak kisah tentang itu. Kami perlu kembali ke jalan

” yang benar.

WOLVERHAMP­TON: Jurgen Klopp menyatakan beliau tidak mempunyai masalah dengan memenangi ‘tiga mata kotor’ dengan kepulangan Diogo Jota yang menghantui Wolves dalam perlawanan dengan gol tunggal 1-0 di Molineux pada Isnin.

Dalam perjalanan yang perit itu akibat enam kekalahan berantai telah mencabar Liverpool untuk mengejar slot ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Namun kini pasukan Klopp telah memenangi enam daripada tujuh perlawanan di tempat lawan. Kemenangan yang melonjakka­n juara Inggeris itu ke tempat keenam, hanya lima mata di belakang Chelsea yang kini berada di

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool

tangga keempat.

“Ini semua tentang keputusan,” kata Klopp. “Ia perlawanan yang besar. Kami menang tiga mata kotor, dan saya tidak kisah tentang itu. Kami perlu kembali ke jalan yang benar.”

Malam yang mengecewak­an buat Wolves bertambah buruk apabila penjaga gol Rui Patricio terpaksa meninggalk­an padang hanya 15 minit dalam perlawanan akibat kecederaan kepala akibat pelanggara­n dengan rakan sepasukan Connor Coady.

Walau bagaimanap­un, jurulatih Wolves Nuno Espirito Santo mengulas “Beliau OK.

Beliau sedar dan ingat apa yang berlaku, jadi mereka menyatakan beliau OK,” kata Nuno. “Beliau akan sembuh.”

Wolves telah menghadapi beberapa kesan akibat kecederaan kepala musim ini. Penjaring gol terhandal mereka buat dua musim, Raul Jimenez tidak dapat masuk padang ekoran keretakan tengkorak dalam perlawanan dengan Arsenal pada November lalu.

Tanpa kehadiran Jimenez, pasukan Nuno juga merindui Jota yang telah menyertai Liverpool sejak September lepas dengan bayaran 41 juta pound (RM 234 juta).

Namun Jota juga tidak dapat beraksi di padang untuk tiga bulan lepas akibat kecederaan lutut.

Pemain sayap itu berharap dengan kembalinya beliau mampu merebut slot ke Liga Juara-Juara kumpulan itu melalui Liga Perdana ataupun memenangi Piala Eropah ketujuh Liverpool.

Klopp mengangkat nama kumpulanny­a yang bangkit menentang RB Leipzig 2-0 minggu lalu.

Namun skuad pelawat itu menunjukka­n prestasi hambar pada permulaan permainan ditambah dengan kecuaian penjaga gol Alisson Becker yang melanggar Nelson Semedo hanya dua minit setelah permainan.

Sadio Mane juga tidak berjaya menyempurn­akan gol dalam dua peluang, namun beliau membantu mengumpan bola kepada Mohamed Salah untuk gol tunggal mereka dalam masa kecederaan separuh masa.

Kelemahan Liverpool terserlah berbanding pasukan lawan yang menang kejohanan musim lepas, pada separuh masa kedua dan mereka hanya selesa mendahului tanpa memberi sebarang tentangan hebat kepada.

Tandukan Coady tersasar diikuti cubaan lemah Adama Traore dan Fabio Silva juga berjaya ditangkap oleh penjaga gol Liverpool.

Gol kedua Salah buat Liverpool dibatalkan akibat ‘ofsaid’ lima minit sebelum permaianan tamat. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Conor Coady (kanan) melihat Rui Patricio menerima rawatan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolverhamp­ton Wanderers dan Liverpool di stadium Molineux di Wolverhamp­ton, kelmarin.
— Gambar AFP CEDERA: Conor Coady (kanan) melihat Rui Patricio menerima rawatan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolverhamp­ton Wanderers dan Liverpool di stadium Molineux di Wolverhamp­ton, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? GEMBIRA: Klopp (dua kanan) bersalaman dengan anak buahnya Trent Alexander-Arnold selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolverhamp­ton Wanderers dan Liverpool di stadium Molineux di Wolverhamp­ton, kelmarin.
— Gambar AFP GEMBIRA: Klopp (dua kanan) bersalaman dengan anak buahnya Trent Alexander-Arnold selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Wolverhamp­ton Wanderers dan Liverpool di stadium Molineux di Wolverhamp­ton, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia