Utusan Borneo (Sarawak)

Platini dituduh terbabit kes rasuah

-

BERN: Bekas presiden UEFA Michel Platini berhadapan dengan pendakwara­ya Swiss selama enam jam sebagai seorang suspek kes rasuah pada Isnin. Sebelum beliau memberi keterangan sebagai saksi dalam kes berbeza pada Rabu dalam kes presiden FIFA Gianni Infantino.

Beliau yang berusia 65 telah disoal siasat oleh pendakwara­ya Thomas Hildbrand yang menyaman beliau atas kes rasuah yang sekaligus meranapkan impiannya untuk mengambil alih pasukan bola sepak dunia FIFA menggantik­an Sepp Blatter.

Tuduhan ke atas Platini dibuat ekoran bayaran berjumlah dua juta Swiss francs RM9 juta) daripada FIFA yang disahkan oleh Blatter pada 2011.

Platter dan Blatter menghadapi tuduhan kerana “pengurusan tidak jujur”, ‘pecah amanah’ dan ‘penipuan’ dengan lima tahun penjara jika disabit kesalahan.

“Michel Platini memberi perhatian semasa persembaha­n bukti kes dan hujahhujah daripada pendakwara­ya Hildbrand,” menurut pengiring Platini.

“Beliau amat yakin bahawa prosedur ini bakal membuktika­n integritin­ya dalam kes ini.

Menurut pendakwara­ya, mereka akan membuat ‘ keterangan akhir’ bekas pemain tengah Saint Etienne dan Juventus sebelum menamatkan siasatan.

Platini, yang juga dipanggil pada Selasa namun tidak perlu membuat keterangan lagi, akan sama ada dibebaskan mahupun menghadapi bicara.

Blatter, 85 minggu lalu, juga bakal menghadapi pendakwara­ya namun masih berehat setelah memasuki hospital pada Disember dan Januari.

Perbicaraa­n kes yang berasingan itu akan berlangsun­g pada Rabu dengan Platini hadir sebagai saksi dalam siasatan terhadap Infantino.

Dipilih pada 2016 dengan janji untuk “mengembali­kan imej FIFA”, Infantino tahun lalu menjadi sasaran apabila disyaki ‘menyalahgu­na kuasa’, ‘melanggar hal sulit rasmi’ dan ‘menghalang tindakan undang-undang jenayah’ setelah tiga mesyuarat rahsia pada 2016 dan 2017 bersama Michael Lauber, ketua Pejabat Pendakwara­ya

Negeri Swiss (MPC).

Pertemuan itu mengundang khabar angin tentang keraguan dalam kes FIFA.

Infantino menerangka­n bahawa beliau mahu menunjukka­n kepada MPC “FIFA yang baharu dan FIFA yang lama ialah dua dunia yang berbeza”, namun mereka telah dipesongka­n “oleh pegawai yang makan suap”.

Pendakwara­ya juga menimbulka­n tanda tanya ke atas penerbanga­n jet peribadi yang dinaiki Infantino dan ditaja FIFA pada 2017. — AFP

 ??  ?? PLATINI
PLATINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia