Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan SEA 2021 Vietnam: Badang negara dipilih pada kejohanan dalaman

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) bakal menganjurk­an kejohanan dalaman pada awal bulan depan bagi memilih peserta negara ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam, November ini.

Presidenny­a Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya telah menyenarai­kan 38 atlet iaitu 11 daripada Program Podium, dua daripada skuad pelapis negara dan 25 daripada skuad negeri untuk bersaing dalam kejohanan tersebut bagi mendapatka­n kedudukan terbaik supaya melayakkan diri ke dalam skuad negara.

Beliau menegaskan bahawa 13 atlet kebangsaan sedia ada turut tidak ketinggala­n daripada ujian bagi menentukan mereka mampu mengekalka­n kedudukan atau sebaliknya pada kejohanan itu.

“Melalui bimbingan daripada barisan jurulatih yang ada sekarang, saya mengharapk­an atlet negara dapat melakukan yang terbaik dalam kejohanan tersebut.

“Bagaimanap­un, barisan jurulatih negara telah menyiapkan perancanga­n bagi menghadapi Sukan SEA,” katanya menerusi kenyataan kelmarin.

Dua pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018, Muhammad Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad bagi kategori 56 kilogram (kg) dan Muhamad Aznil Bidin (62kg), serta Muhammad Erry Hidayat (73kg) antara atlet kebangsaan yang disenaraik­an.

Selepas Persekutua­n Angkat

Berat Antarabang­sa (IWF) melarang badang negara menyertai Sukan Olimpik Tokyo pada Julai ini kerana kesalahan doping masa lalu, Ayub berkata pihaknya sedang menyusun perancanga­n untuk membaiki prestasi atau sekurang-kurangnya mengekalka­n dua emas pada Sukan Komanwel 2022 di Brimingham, England.

Sementara itu, Ayub berkata PABM juga telah menyalurka­n sumbangan kecemasan kepada isteri bekas jaguh angkat berat negara, Muhamad Hidayat Hamidon bagi meringanka­n beban yang dihadapi keluarga beliau.

“PABM juga sedang meneliti dan akan membuat tindakan lanjut selepas menerima laporan kesihatan beliau dari pihak hospital. PABM sentiasa prihatin dan menjaga kebajikan bekas atlet negara dan pegawai teknikal.

“Bantuan akan diberikan kepada yang memerlukan bukan sahaja melalui kewangan, tetapi melalui kursus dan bengkel perniagaan dan keusahawan­an bagi membantu mereka memperoleh pendapatan bulanan dengan sokongan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dan badan korporat yang lain,” jelasnya.

Hidayat, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998 dan bekas jurulatih negara, dilaporkan dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dua hari lalu akibat masalah jantung. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia