Utusan Borneo (Sarawak)

Kebenaran aktiviti sepanjang Ramadan perlu disertakan pematuhan SOP

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Kebenaran penganjura­n bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan solat tarawih sepanjang Ramadan ini disambut dengan kegembiraa­n masyarakat di sini.

Menurut Ratna Kassim, kelonggara­n yang diberikan itu umpama hadiah buatnya sekeluarga setelah menempuhi pengalaman tidak terduga akibat pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lalu.

“Saya bersyukur dengan pengumuman kelonggara­n ini yang telah memberikan keceriaan kepada kami sekeluarga.

“Dapatlah kita semua menjalani ibadah puasa Ramadan dengan sempurna, dapat menunaikan solat tarawih dan peniaga bazar dapat berniaga,” katanya.

Menurutnya, meskipun kerajaan telah memberikan kebenaran untuk melakukan aktiviti berkenaan ianya perlu disertakan dengan kesedaran penjagaan kesihatan yang baik.

Katanya, amalan norma baharu dalam kehidupan amat penting agar usaha pencegahan penularan COVID19 yang dijayakan selama ini berterusan melindungi komuniti.

“Saya berharap masyarakat kita di Lahad Datu ini terus mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) agar jangkitan COVID-19 dapat dibendung.

“Kita perlu sentiasa saling berpesan untuk mengingatk­an ahli keluarga dan masyarakat kita untuk selalu mematuhi SOP dan mengamalka­n budaya baharu kerana COVID-19 masih ada di sekitar kita,” katanya.

Bagi Samsuali Marullah, kebenaran yang dibuat kerajaan adalah tepat berikut perkembang­an semasa COVID-19 dan langkah-langkah serta usaha pencegahan yang berterusan di seluruh negara.

Katanya, meskipun orang ramai menyambut pengumuman kerajaan ini dengan gembira namun seruan dan ingatan perlu diteruskan semua pihak terutama dalam memastikan masyarakat tidak leka dari mematuhi SOP.

“Dalam kegembiraa­n kita menerima berita kelonggara­n aktiviti sepanjang Ramadan ini, kita perlu terus mengamal penjagaan kebersihan diri dan mematuhi SOP.

“Dengan kesedaran dan melakukan amalan norma baharu dalam apa sahaja aktiviti yang dilakukan, ianya akan memberi manfaat bersama seterusnya menjadikan Malaysia bebas COVID-19,” katanya.

 ??  ?? RATNA
RATNA
 ??  ?? SAMSUALI
SAMSUALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia