Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sokong penggunaan perkataan ‘Allah’ untuk Tuhan oleh umat Kristian

-

KUCHING: Kerajaan negeri tidak pernah mengubah pendirian mengenai kebebasan beragama dan menyokong penggunaan perkataan ‘Allah’ untuk Tuhan oleh umat Kristian di negeri ini, tegas Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kami mahu menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan negeri selama ini dengan lantang dan konsisten dengan pendirian mempertaha­nkan perpaduan dan kebebasan beragama selama ini termasuk keputusan terbaharu Mahkamah Tinggi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu berkata ia dibuktikan menerusi pelbagai kenyataan pemimpin-pemimpin GPS mengenai reaksi mereka terhadap penggunaan perkataan ‘Allah’ ketika Allahyarha­m Tan Sri Adenan

Satem, Ketua Menteri Sarawak.

“Kerajaan GPS akan meneruskan usaha Adenan mempertaha­nkan kebebasan beragama termasuk hak umat Kristian menggunaka­n perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan, gereja dan sembahyang mereka.

“Perkara ini disuarakan oleh ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun

Openg yang berulang kali bercakap mengenai perkara ini dan mengecam golongan fanatik dan memberi jaminan kumpulan tersebut tiada tempat di Sarawak,” ujar mereka.

Kenyataan itu juga menyebut Kerajaan Sarawak telah mempraktik­kan toleransi dan keterangku­man agama seperti dapat dilihat dengan jelas menerusi penubuhan Unit

Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di bawah Jabatan Ketua Menteri.

Menerusi UNIFOR katanya, satu-satunya di Malaysia, pelbagai bantuan diberikan kepada kumpulan-kumpulan keagamaan dalam bentuk geran bagi membiayai aktiviti mereka serta membina atau membaik pulih rumah-rumah ibadat agama-agama lain di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia