Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan pantas JBALB Miri tangani isu air di Sibuti harus menjadi contoh

-

MIRI: Tindakan pantas Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Miri menangani isu air di Sibuti harus menjadi contoh kepada jabatan atau agensi lain demi kebajikan rakyat dan kesejahter­aan masyarakat dalam keadaan terdesak.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sibuti berkata, langkah membantu menyelesai­kan segera masalah ketiadaan bekalan air bersih di Sungai Serunggut, Sibuti amat melegakan PKR selepas menerima aduan daripada penduduk kampung.

Timbalan Ketua Wanita PKR Sarawak merangkap Ketua Wanita PKR Sibuti Zulhaidah Suboh memberitah­u, JBALB membekalka­n air dengan segera ke Rumah Edward di Sungai Serunggut dan penduduk menarik nafas lega kerana sejak lebih seminggu lalu mereka mengadu terputus bekalan air bersih kerana musim panas dan kawasan itu tiada kemudahan asas tersebut.

“Selaku pengantara kepada masyarakat, saya sering menggesa supaya jabatan dan jawatankua­sa berkaitan bertanggun­gjawab membekalka­n air minuman kepada penduduk di luar bandar yang tiada bekalan air bersih.

“Ini termasuk beberapa kawasan dan rumah panjang terjejas bekalan air bersih akibat projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di sekitar Sibuti dan beberapa kawasan lain di seluruh negeri ini,” jelasnya.

Zulhaidah mengakui penggunaan air kian meningkat atas faktor kebersihan yang perlu menjadi amalan setiap individu dalam sebuah keluarga.

“Kita mengambil maklum bahawa kes positif COVID-19 sudah menular ke kawasan luar bandar dan sudah tentu penggunaan air amat penting untuk faktor kebersihan dan kesihatan di luar bandar.

“Justeru, kerajaan harus melipatgan­dakan usaha menangani isu kekurangan air di kawasan tiada kemudahan asas ini, bukan sahaja di Sibuti malah keseluruha­n luar bandar di Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia