Utusan Borneo (Sarawak)

Baucar pelanconga­n diperluas bantu pemain industri

-

ISKANDAR PUTERI: Pemberian baucar pelanconga­n pada Mei ini akan menawarkan diskaun kepada pengunjung untuk melawat tempat tarikan pelancong termasuk taman tema di negeri Johor, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Belia dan Sukan Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata pemberian baucar berkenaan, yang juga satu daripada inisiatif kerajaan negeri dalam merancakka­n kembali industri pelanconga­n di negeri ini, diharap dapat membantu melonjakka­n kembali industri berkenaan yang terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, buat permulaan, sebanyak RM1.5 juta diperuntuk­kan bagi baucar pelanconga­n berkenaan yang merangkumi hotel, taman tema, destinasi tarikan pelancong serta inap desa berdaftar seperti diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad sebelum ini.

“Kalau (baucar pelanconga­n) itu berjaya...bukan sahaja kita akan minta peruntukan lebih tetapi kita juga akan minta peruntukan untuk membantu (menawarkan) baucar (seumpama ini) untuk membantu usahawan-usahawan yang kreatif dalam mengeluark­an produk pelanconga­n,” katanya kepada Bernama ketika hadir pelancaran produk Kambing Travel, di sini baru-baru ini.

Onn Hafiz berkata baucar berkenaan boleh diguna pakai hingga akhir tahun ini.

Sementara itu, beliau berkata tiga insentif melibatkan industri pelanconga­n dijangka selesai diberikan bulan ini berbentuk pemberian bantuan wang tunai secara sekali beri kepada pemandu pelancong, syarikat-syarikat pelanconga­n dan persatuan pelanconga­n di Johor.

“Kita jangkakan 600 kepada 1,000 pemandu pelancong akan menerima RM1,000. Bagi syarikatsy­arikat pelanconga­n pula akan menerima RM2,000.

“Bagi bantuan kepada persatuan pelanconga­n yang berdaftar di bawah Tourism Johor pula, sebanyak 16 persatuan akan menerima RM20,000 setiap satu. Saya tahu (bantuan) ini masih tidak mencukupi (untuk bantu industri pelanconga­n), tetapi niat kita adalah untuk membantu yang kita mampu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia