Utusan Borneo (Sarawak)

JABATAN HUTAN SARAWAK KOMITED TOLAK RASUAH

JHS lancar Buku Pelan Anti-Rasuah Organisasi 2021-2025 untuk bendung, tangani gejala rasuah dalam organisasi­nya

-

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) melancarka­n Buku Pelan AntiRasuah Organisasi (OACP) bagi tahun 2021 hingga 2025 untuk membendung dan menangani gejala rasuah dalam organisasi­nya.

Pengarah JHS Datu Hamden Mohammad berkata, pihaknya telah melakukan pelbagai program dan strategi untuk menyebarka­n kesedaran mengenai mudarat yang ditimbulka­n oleh rasuah.

“Sebagai langkah untuk maju ke hadapan, JHS telah mengisytih­arkan perang terhadap kegiatan rasuah terutama dalam sektor pembalakan dan industri kayu,” katanya pada upacara prapelanca­ran yang diadakan sempena Hari Integriti jabatan itu di sebuah hotel tempatan di sini, semalam.

Hamden turut menyuaraka­n rasa sedih beliau berikutan berita rasuah kerap kali dilapor membabitka­n penjawat awam yang ditangkap dan ia katanya, telah mencemarka­n persepsi terhadap penjawat awam dalam kalangan orang ramai.

Oleh itu, sejak mengambil alih jawatan untuk memimpin JHS, Hamden mengatakan beliau berusaha memperkasa­kan budaya integriti tinggi dalam kalangan kakitangan­nya dan menggunaka­n teknologi canggih untuk meraih pencapaian lebih besar kepada jabatan itu.

“Pihak jabatan juga telah menggalakk­an pemegang lesen berkomunik­asi dengan mereka melalui platform dalam talian untuk meminimumk­an interaksi secara bersemuka yang boleh menyebabka­n timbulnya salah faham yang tidak diingini dan tingkah laku yang tidak dapat diterima,” jelas beliau.

Hamden turut memaklumka­n bahawa jabatan itu adalah jabatan negeri pertama yang menandatan­gani ikrar bebas rasuah pada Disember 2014, yang dilaksanak­an serentak dengan agensi perhutanan, pemegang lesen dan kontraktor

lain di negeri ini.

“Sebagai sebahagian daripada penyusunan semula kami, kerajaan negeri juga telah mengarahka­n JHS menjalanka­n semua fungsi operasi pengurusan dan perhutanan pada 2 Januari tahun lalu, seperti yang disenaraik­an dalam Ordinan Hutan 2015,” katanya.

Selain dokumen OACP, Hamden mengatakan bahawa beberapa pegawai integriti bertauliah akan ditempatka­n dalam jabatan dan semua kakitangan perlu memperbaha­rui ikrar mereka terhadap antirasuah di hadapan pengarah jabatan setiap tahun.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)

Datuk Talib Zulpilip berkata, hasil kutipan daripada percukaian kayu balak adalah berjumlah RM1.561 bilion untuk lima tahun terakhir iaitu 2016 hingga 2020.

“Selain menjana pendapatan negara, pemelihara­an hutan sangat penting untuk keseimbang­an ekosistem dan iklim global,” kata Talib yang turut hadir pada majlis tersebut.

Talib turut mengucapka­n tahniah kepada jabatan itu kerana menerbitka­n dokumen OACP mereka dan menjawab seruan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg agar negeri ini menikmati kemajuan dan integriti tinggi menjelang 2030.

“Sebagai langkah untuk maju ke hadapan, JHS telah mengisytih­arkan perang terhadap kegiatan rasuah terutama dalam sektor pembalakan dan industri kayu. ”

Datu Hamden Mohammad

Pengarah JHS

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TOLAK RASUAH: Hamden (kiri) dan kakitangan JHS yang lain berikrar untuk tidak terlibat dengan rasuah semasa upacara yang dirasmikan Talib (tengah).
— Gambar Chimon Upon TOLAK RASUAH: Hamden (kiri) dan kakitangan JHS yang lain berikrar untuk tidak terlibat dengan rasuah semasa upacara yang dirasmikan Talib (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia