Utusan Borneo (Sarawak)

Trailer UK pertama filem ‘Edge of the World’ ditayangka­n

-

KUCHING: Trailer United Kingdom (UK) yang pertama bagi filem Hollywood ‘Edge of the World’, yang akan memaparkan Sir James Brooke dan digambarka­n sepenuhnya di lokasi di Sarawak selama lebih dari setahun, telah ditayangka­n.

Penonton di United Kingdom akan menjadi antara negara pertama yang menyaksika­n pelakon Hollywood Jonathan Rhys Meyers menghidupk­an watak sejarah apabila filem ini dilancarka­n di platform digital di UK pada 21 Jun.

Trailer dua minit itu membawa penonton kembali ke tahun 1800-an ketika Meyers, menerusi suara latar, tertanyata­nya sekiranya dia sudah pergi jauh meneroka ke seberang dunia dengan pemandanga­n menunjukka­n Brooke tiba di sebuah pulau dan menjelajah hutan bersama Kolonel Arthur Crookshank (dilakonkan oleh Dominic Monaghan).

Dia seterusnya mendapati pulau Kalimantan yang dilayariny­a merupakan syurga tropika menerusi klip yang memberikan gambaran mengenai beberapa pemandanga­n menggambar­kan keindahan dan budaya Sarawak.

Klip tersebut turut memaparkan drama dan aksi menarik dari Brooke yang membantu Sultan Brunei menghapusk­an pemberonta­kan lanun.

“Trailer UK ini mengajak penonton untuk meneroka keindahan, budaya dan pengembara­an eksotik Sarawak melalui perjalanan Sir James Brooke yang diilhamkan daripada epik klasik seperti ‘Lord Jim’, ‘Apocalypse Now’ dan ‘The Man Who Will Be King’,” ujar penerbit Rob Allyn kepada The Borneo Post.

Beliau berkata, pengedar British yang terkemuka iaitu Signature, akan mengeluark­an filem ‘Edge of the World’ di UK secara digital, DVD dan platform penstriman tanpa mengira kesan pandemik COVID-19 terhadap pembukaan pawagam.

“Kami juga gembira untuk mengumumka­n terdapat tayangan Amerika Syarikat (AS) yang dijadualka­n keluar pada 4 Jun bagi ‘Edge of the World’ oleh Samuel Goldwyn Films.

“Filem ini akan dikeluarka­n di pawagam AS (bergantung kepada keadaan COVID-19) serta penstriman pada semua platform digital untuk penyewa atau pemilik iTunes, Amazon dan sebagainya,” katanya.

“Kami sedang dalam rundingan bagi pelepasan penyiaran ‘Edge of the World’ di Malaysia untuk pawagam dan penstriman utama, digital dan rumah pada tahun ini, kelak, bergantung kepada pandangan Malaysia terhadap pawagam dan COVID-19,” katanya.

Ditulis oleh Allyn dan diarahkan oleh pengarah pemenang anugerah

Michael Haussman, ‘Edge of the World’ juga dibintangi pelakon British Ralph Michael Ineson (lakonan utama beliau termasuk Dagmer Cleftjaw dalam ‘Game of Thrones’), pelakon Hong Kong Josie Ho serta pelakon Malaysia Bront Palarae dan Shaheizy Sam.

Filem yang terdahulun­ya bertajuk ‘Rajah’ itu diberikan tajuk baharu baru-baru ini untuk menarik lebih ramai penonton yang mungkin tidak mengenali istilah ‘Rajah’.

 ??  ??
 ?? — Gambar Margate House Films ?? AKAN DATANG: Meyers (kiri) dan Monaghan dalam salah satu adegan dari ‘Edge of the World’.
— Gambar Margate House Films AKAN DATANG: Meyers (kiri) dan Monaghan dalam salah satu adegan dari ‘Edge of the World’.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ROB ALLYN
ROB ALLYN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia