Utusan Borneo (Sarawak)

PEJABAT PUSPAKOM DIRANCANG DIBINA DI LIMBANG

Tangani kesusahan penduduk dalam urusan pemeriksaa­n kenderaan perdaganga­n, perkhidmat­an lain

- Oleh Mastura Ismail

Kerajaan memang berhasrat menempatka­n pejabat cawangan PUSPAKOM di Limbang iaitu di tapak baharu pejabat Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di kawasan bandar baharu

Habibollah”

Limbang.

Datuk Hasbi

LIMBANG: Kerajaan berhasrat menempatka­n cawangan pejabat Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) di Limbang bagi menangani kesusahan penduduk di sini dalam urusan pemeriksaa­n kenderaan perdaganga­n dan perkhidmat­an lain.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata pembukaan pejabat PUSPAKOM di Limbang amat perlu memandangk­an negara berdepan pandemik COVID19 menyukarka­n mereka melakukan rentas sempadan dan daerah pada masa ini.

Jelasnya, permohonan menempatka­n PUSPSKOM di Limbang bukan isu baharu tetapi sudah diutarakan sebelum ini.

“Kerajaan memang berSuperi hasrat menempatka­n pejabat cawangan PUSPAKOM di Limbang iaitu di tapak baharu pejabat Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di kawasan bandar baharu Limbang.

“Urusan mendapatka­n tapak tanah di kawasan itu sedang dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan bakul makanan kepada keluarga yang menerima arahan kuarantin rumah di Kuarters Penjara Limbang semalam.

Mengiringi beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan Pegawai Daerah Limbang

Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia

Awang Said.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata, Majlis Daerah Limbang (MDL) juga dalam permohonan mendapatka­n tapak dijadikan kawasan parkir bagi kenderaan berat di Limbang.

“Kawasan parkir kenderaan berat dibina di kawasan sejauh satu kilometer dari bandar Limbang melalui peruntukan di bawah Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA),” jelasnya.

Menurutnya ketiadaan parkir kenderaan perdaganga­n berat menyebabka­n mereka parkir di kawasan kedai, taman perumahan menyebabka­n jalan rosak selain mengganggu lalu lintas.

Sebanyak 36 bakul bantuan makanan bernilai RM150 setiap bakul yang diserahkan pada program itu merupakan sumbangan daripada Pusat Khidmat Parlimen Limbang.

 ??  ??
 ??  ?? AGIH: Hasbi (tiga kiri) menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada Jabatan Penjara sambil disaksikan Paulus (dua kanan) dan Superi (kanan) di Limbang semalam.
AGIH: Hasbi (tiga kiri) menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada Jabatan Penjara sambil disaksikan Paulus (dua kanan) dan Superi (kanan) di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia