Utusan Borneo (Sarawak)

CHELSEA ‘BERSEMANGA­T’ UNTUK KE FINAL

The Blues melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara setelah menang 2-0 ke atas Atletico Madrid pada aksi kedua

-

Kami seronok bermain. Anak didik saya sangat fokus dan tangkas. Kami sangat bersemanga­t

” untuk mara.

LONDON: Thomas Tuchel mengatakan Chelsea ‘sangat bersemanga­t’ untuk mara ke pusingan akhir Liga Juara-Juara setelah Hakim Ziyech memecah kebuntuan dengan gol 2-0 menentang Atletico Madrid dalam pusingan kedua 16 akhir pada Rabu.

Pemain penyerang Ziyech meraih gol pertama beliau sejak Oktober dan meletakkan pasukan tuan rumah itu di pendahulua­n dalam separuh masa pertama di Stamford Bridge.

Emerson dikeluarka­n dari bangku simpanan dan menghadiah­kan gol lewat yang mengikat kemenangan selesa 3-0 agregat kepada pasukan pendahulu La Liga.

Untuk menambah keperitan Atletico lagi, Stefan Savic dibuang padang di akhir perlawanan kerana menyiku Antonio Rudiger di perut.

Dengan Chelsea telah lama berada pada kedudukan selesa, Atletico seharusnya mendapat sepakan penalti setelah Cesar Azpilicuet­a mengasari Yannick Carrasco semasa mata perlawanan masih 0-0.

Tuchel juga mengakui ia sepatutnya penalti. “Azpi agak bimbang ketika tidak berjaya menyambut bola, saya juga agak bimbang.”

Namun menurut jurulatih Atletico Diego Simeone membalas: “Kami tidak

Pengurus Chelsea

mencari alasan. Kami ditewaskan oleh pasukan yang lebih handal. Kami cuba memberi asakan di padang, namun kami tidak berjaya membuat serangan seperti yang mahukan.”

Perlawanan itu merupakan satu-satunya cabaran besar buat Chelsea sepanjang 13 permainan berantai yang tidak dapat dikalahkan sejak Tuchel menggantik­an Frank Lampard pada Januari.

Tuchel melakar kemenangan berterusan paling lama Chelsea melepasi kemenangan semasa mereka dibimbing Luiz Felipe Scolari.

Dibangkitk­an oleh Tuchel, Chelsea hanya tidak menang dua perlawanan seri manakala terus menampilka­n enam rekod kemenangan yang cantik antara kesemua perlawanan.

“Persembaha­n yang sangat hebat, usaha yang mantap. Saya dapat merasakan kami amat mahukan kemenangan.

Thomas Tuchel

“Kami seronok bermain. Anak didik saya sangat fokus dan tangkas. Kami sangat bersemanga­t untuk mara.”

Membimbing

Chelsea ke lapan terakhir kali pertama buat tahun 2014, ialah sebuah lagi kebangaan buat Tuchel dan jurulatih Jerman itu kini juga bermatlama­t untuk kembali ke Liga JuaraJuara setelah ditundukka­n oleh Paris Saint-Germain ketika bersama Bayern Munich musim lepas.

“Mereka bermain dengan dinamik istimewa. Perlawanan dan keputusan seperti ini memberi peluang untuk mencapai sesuatu yang istimewa. Saya pasti tiada pasukan pun yang mahu menentang kami,” kata Tuchel.

“Suku akhir bermaksud hanya berbaki empat perlawanan (sehingga final). Ia ialah kemajuan yang besar dan perasaan yang hebat.”

Chelsea, memenangi Liga Juara-Juara tunggal pada 2012, telah tersingkir di peringkat pertama dalam empat penyertaan mereka. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BAGUS: Tuchel (kiri) memeluk anak buahnya selepas tamat perlawanan.
CARI RUANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan 16 akhir aksi kedua Liga Juara-Juara di antara Chelsea dan Atletico Madrid di Stamford Bridge, London.
— Gambar AFP BAGUS: Tuchel (kiri) memeluk anak buahnya selepas tamat perlawanan. CARI RUANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan 16 akhir aksi kedua Liga Juara-Juara di antara Chelsea dan Atletico Madrid di Stamford Bridge, London.
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia