Utusan Borneo (Sarawak)

Reen Rahim dalam ‘Tebus’ dan ‘Hari Kita Bertemu’ di RTM

-

FESTIVAL filem Berlin yang ke-71 baru-baru ini telah menganuger­ahkan anugerah utamanya Golden Bear kepada ‘Bad Luck Banging or Loony Porn’ oleh pengarah Romania, Radu Jude, satu satira yang mempersend­akan kepura-puraan sosial di era pandemik dengan kisah seorang guru yang mana pita seksnya tular di internet.

Acara itu pada tahun ini telah diadakan sepenuhnya secara atas talian bagi para pengkritik dan pembeli industri namun dihakimi oleh pihak juri merangkumi pemenang sebelum ini, yang menonton 15 pesaing dalam sebuah panggung yang ditempah khas di ibu negara Jerman.

Pengarah Israel Nadav Lapid telah mengumumka­n anugerah untuk Jude, salah seorang dari pengarah paling disanjungi di Eropah Timur, menyatakan filemnya mempunyai “kualiti yang jarang dan penting bagi satu hasil seni yang berterusan”.

Untuk kali pertama, Berlinale menganuger­ahkan satu anugerah lakonan terbaik “neutral dari segi jantina”, kepada pengarah Jerman Maren Eggert untuk persembaha­n beliau dalam komedi ‘I’m Your Man’.

Dalam filem arahan pengarah ‘Unorthodox’ Maria Schrader, Eggert memain watak seorang penyelidik muzium yang mendaftar untuk menguji sebuah robot humanoid, dilakonkan oleh aktor British Dan Stevens dari ‘Downton Abbey’ yang fasih berbahasa Jerman, sebagai seorang pasangan romantik.

Filem kedua terbaik dimenangi oleh pengarah Jepun, Ryusuke Hamaguchi yang mana filemnya ‘Wheel of Fortune and Fantasy’ adalah mengenai tiga cerita wanita yang mencari hubungan pada zaman moden Jepun.

Dokumentar­i Jerman ‘Mr Bachmann and His

Class’ oleh Maria Speth, mengenai seorang guru yang berada di ambang persaraan telah menerima pelajar dari pelbagai latar belakang pendatang di bawah jagaannya, merangkul tempat ketiga bagi anugerah juri.

Indiewire menyatakan ia adalah “salah satu dari filem yang penuh harapan pada tahun ini” sementara Screen Daily dari Britain menyatakan Bachmann kelihatan seperti “sepupu Bill Murray dari Jerman” dengan satu keupayaan untuk meningkatk­an keyakinan diri pelajarnya dalam berdepan dengan kemiskinan dan diskrimina­si.

Denes Nagy dari Hungary merangkul pengarah terbaik untuk ‘Natural Light’, sebuah drama yang mengganggu perasaan tentang satu kekejaman dilakukan oleh anggota tentera Hungary di Soviet Union semasa Perang Dunia II.

Pengarah filem prolifik Korea Selatan Hong Sang-soo, yang memenangi anugerah pengarah terbaik Berlinale pada tahun lepas, telah dianugerah­kan lakon layar terbaik untuk ‘Introducti­on’ mengenai pasangan kekasih muda dan perbalahan keluarga mereka yang dirakamkan sebahagian­nnya di Berlin.

Filem pengarah Mexico Alonso Ruizpalaci­os yang ditayangka­n di Netflix, ‘A Cop Movie’, yang menggabung­kan dokumentar­i dan teknik naratif yang melihat kepada usaha dalam tugas polis di bandar utama negara, telah memenangi Silver Bear bagi sumbangan artistik.

Pihak penganjur festival berharap untuk mengadakan satu majlis gala anugerah pada Jun sekiranya keadaan pandemik membenarka­n.

Pemenang tahun lepas, pengarah penentang Iran Mohammad Rasoulof, memenangi anugerah untuk ‘There Is No Evil’.

Beliau turut serta dalam juri tahun ini namun menonton filem-filem tersebut dari Tehran, di bawah penahanan di rumah. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia