Utusan Borneo (Sarawak)

FOKUS DEPOT TAHANAN, PENJARA

JKNS akan tingkatkan kapasiti saringan susulan kemunculan Kluster Depot Imigresen Semuja: Uggah

- Oleh Jessica Jawing dan Agnes Tugong

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) akan meningkatk­an kapasiti saringan di depot tahanan dan penjara di negeri ini, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menegaskan, keputusan itu dibuat susulan 99 kes positif COVID-19 dilaporkan di Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian semalam.

Menurutnya, daripada 303 kes baharu positif COVID-19 yang direkodkan di Sarawak semalam, 101 dikesan di Serian termasuk kes di depot tahanan terbabit yang kini diisytihar­kan sebagai Kluster Depot Imigresen Semuja.

“Di Sarawak terdapat dua depot tahanan imigresen, iaitu Depot Imigresen Semuja, Serian (463) dan Depot Imigresen Bekenu, Miri (521) dengan 984 jumlah tahanan.

“Sementara itu, terdapat enam penjara yang menempatka­n seramai 3,460 banduan yang terdiri daripada 3,268 lelaki dan 192 wanita,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, semalam.

Uggah berkata, daripada enam penjara tersebut, Penjara Puncak Borneo Kuching mempunyai seramai 1,210 banduan, Penjara Pusat Sri Aman (407), Penjara Pusat Sibu (559), Pusat Koreksiona­l Bintulu (290), Penjara Pusat Miri (566) dan Penjara Limbang (428).

Mengulas lanjut tentang Kluster Depot Imigresen Semuja, Uggah berkata ia dikesan hasil saringan ke atas semua anggota Jabatan Imigresen Malaysia dan tahanan di depot tersebut oleh Jabatan Kesihatan Bahagian Serian.

Saringan tersebut katanya, dibuat setelah menerima maklumat terdapat individu didapati positif ujian rT-PCR dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diusir keluar melalui Pintu Masuk Antarabang­sa (PMA) Tebedu di persempada­nan Sarawak-Kalimantan, Indonesia pada 11 Mac lalu.

“Hasil saringan awal mendapati anggota imigresen yang mengiringi

PATI yang diusir keluar adalah negatif.

“Bagaimanap­un, hasil saringan lanjut ke atas semua anggota imigresen dan tahanan di depot tersebut pada 16 dan 17 Mac, seramai 99 tahanan dikesan positif termasuk kes indeks,” katanya.

Manakala, 185 kes negatif dan 300 kes masih menunggu keputusan daripada sejumlah 584 individu yang disaring, jelasnya.

Setakat ini katanya, mereka yang didapati positif terdiri daripada kalangan tahanan sahaja dan tidak melibatkan anggota imigresen.

Sementara itu, Uggah berkata satu lagi kluster baharu dikesan di Sarawak semalam iaitu Kluster Sungai Atap di Meradong.

Menurutnya, ia adalah kluster komuniti yang melibatkan sebuah rumah panjang yang terletak di Sungai Atap, Ulu Strass di Daerah Meradong, Sarikei.

Kes indeks kepada kluster tersebut ialah kes ke-10,693 yang merupakan seorang wanita tempatan berumur 36 tahun yang dikesan melalui saringan di Klinik Kesihatan Lanang, Sibu atas arahan majikannya.

Kes katanya, telah menjalani saringan rT-PCR pada 3 Mac dan didapati positif pada 5 Mac.

Hasil siasatan lanjut dan pengesanan kontak rapat kepada indeks kes tersebut, seramai 18 kes tambahan didapati positif.

Sejumlah 148 individu telah disaring yang mana 19 kes didapati positif termasuk kes indeks, 125 kes negatif dan empat kes menunggu keputusan.

Dengan penambahan dua kluster baharu ini katanya, jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak adalah sebanyak 34 kluster dengan 10 kluster mempunyai penambahan kes, manakala 24 kluster tiada penambahan kes.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KOMITED: Uggah tiba pada sidang media harian COVID-19, semalam. Turut kelihatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian (dua kanan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing (kiri).
— Gambar Chimon Upon KOMITED: Uggah tiba pada sidang media harian COVID-19, semalam. Turut kelihatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian (dua kanan) dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia