Utusan Borneo (Sarawak)

STU sambut baik subsidi telefon pintar

-

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menyambut baik penambahba­ikan subsidi telefon pintar yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Program Jaringan Prihatin.

Presiden STU Adam Prakash Abdullah berkata, kesatuan berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan masalah pendidikan anakanak sekolah.

Subsidi ini katanya, juga akan memberi peluang kepada keluarga dengan pendapatan terhad membeli telefon pintar untuk anak-anak mereka.

“Pemberian subsidi ini peluang baik bagi anakanak yang bersekolah mendapatka­n akses kepada bahan pendidikan melalui Internet.

“Pada masa yang sama, STU berharap syarikat telekomuni­kasi juga terus berusaha menawarkan pakej Internet yang mampu milik serta kuota tambahan yang mudah diperolehi,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Adam, kesatuan juga berharap syarikat telekomuni­kasi dapat melaksanak­an projek khidmat masyarakat dengan menyediaka­n pakej-pakej khas untuk warga murid dan guru.

Ini kerana katanya, guru dan murid memerlukan data Internet yang besar bagi proses pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PDPR).

STU turut memohon kepada warga guru agar terus mengamalka­n sistem pembelajar­an abad ke-21 di mana pelajar dididik untuk mencari maklumat tambahan untuk pembelajar­an mereka melalui carian Internet.

“Kita perlu mengubah sikap lama yang mana dulu telefon diharamkan di sekolah kerana pengalaman semasa pandemik ini banyak mendidik kita untuk menggunaka­n Internet dalam melaksanak­an pengajaran dan pembelajar­an.

“Semoga warga sekolah dan ibu bapa terus mengamalka­n anjakan paradigma dalam dunia pendidikan.

“Didiklah anak-anak agar menggunaka­n telefon pintar secara ‘pintar’ juga,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia