Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: 303 KES BAHARU, SATU KEMATIAN SEMALAM

-

KUCHING: Sarawak merekodkan 303 kes baharu COVID-19 dengan satu kematian semalam, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kematian terbaharu itu menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 95 orang.

“Kes kematian ke-95 merupakan kes ke-8,033 melibatkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 58 tahun yang telah mendapatka­n rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk, kehilangan deria bau dan lemah badan.

“Saringan ujian rT-PCR yang telah dibuat adalah positif pada 21 Februari dan keadaan kesihatan kes didapati merosot.

“Kes meninggal dunia pada 17 Mac dan kes ini tidak mempunyai ko-morbid. Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapka­n takziah kepada ahli keluarga mangsa,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, semalam.

Mengenai kes yang direkodkan, Uggah berkata daripada 303 kes baharu, Daerah Serian merekodkan kes harian tertinggi iaitu 101 kes semalam, diikuti Bintulu (57), Sibu (47), Miri (27), Meradong (13), Kapit (10), Julau (9), Kuching (8), Sarikei (8), Sri Aman (6), Tanjung Manis (5), Bukit Mabong (4), Sebauh (2), Bau (1), Belaga (1), Kanowit (1), Samarahan (1), Selangau (1) dan Subis (1).

Katanya, ini ia menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 13,413 orang.

“Daripada 303 kes baharu yang dilaporkan, seramai 15 orang menunjukka­n tanda dan gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Dimaklumka­n juga, seramai 277 kes terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan,” katanya.

Beliau memberitah­u, mereka terdiri daripada 276 orang yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan seorang adalah individu yang baru balik dari kawasan berisiko tinggi (Import B).

Uggah turut memaklumka­n, semalam terdapat 206 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Sibu (51), Hospital Miri (35), Hospital Umum Sarawak (28), PKRC di bawah Hospital Kapit (24), Hospital Bintulu (21), Hospital Sarikei (19), PKRC Betong (15), PKRC Sri Aman (8), PKRC Serian (4) dan PKRC Mukah (1).

Katanya, jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat semalam adalah seramai 10,838 orang atau 80.80 peratus dari jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak.

“Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital adalah seramai 2,433 orang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia