Utusan Borneo (Sarawak)

UBAH SUAI EKZOS, 342 SAMAN DIKELUARKA­N SEPANJANG 17 HARI OPERASI: ALEXSON

-

KUCHING: Sebanyak 342 saman dikeluarka­n atas kesalahan mengubah suai ekzos kenderaan sehingga mengeluark­an bunyi bising sepanjang 17 hari operasi Operasi Khas Kesalahan Bunyi (Ekzos) Bising dilaksanak­an.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak (JSPT) Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, daripada jumlah tersebut, 212 saman adalah ke atas motosikal, 122 kereta dan lapan lain-lain kenderaan.

Menurutnya, sebanyak 8,786 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi tersebut dijalankan.

“Setakat semalam (Rabu), kita telah melaksanak­an 220 operasi di seluruh negeri dan sebanyak 8,786 kenderaan diperiksa, iaitu 3,089 motosikal, kereta (3,091) dan lain-lain kenderaan sebanyak 2,606.

“Daripada jumlah tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluark­an 342 saman atas kesalahan bunyi ekzos bising iaitu sepanjang 17 hari pelaksanaa­n operasi khas tersebut yang bermula 1 Mac lalu,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, terdapat samansaman atas kesalahan lain dikeluarka­n sepanjang operasi tersebut.

“Bagi lain-lain kesalahan, sebanyak 1,739 saman telah dikeluarka­n antaranya saman plat nombor kenderaan tidak mengikut peraturan sebanyak 210 saman, plat kenderaan ‘fancy’ (193), mengubah suai struktur kenderaan (276) dan banyak lagi,” katanya.

Polis katanya, turut menyita 58 motosikal dan sebuah kereta untuk siasatan lanjut di Seksyen 64(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Manakala, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang turut sama dalam operasi tersebut juga ada mengeluark­an kompaun.

“Sebanyak 42 notis kompaun dikeluarka­n oleh pasukan sahabat PDRM iaitu JPJ sebanyak 37 notis dan JAS sebanyak lima notis,” katanya.

Justeru, Alexson berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik kenderaan yang masih ingkar.

“Saya ingin menasihatk­an kepada semua pemilik kenderaan yang mana ekzos kenderaan mereka diubah suai dan mengeluark­an bunyi bising supaya menukar kembali ekzos kenderaan mereka kepada ekzos asal dan tidak mengeluark­an bunyi bising,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? ALEXSON
ALEXSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia