Utusan Borneo (Sarawak)

Panik undur kenderaan, nyaris merempuh polis

Dua penganggur ditahan selepas bertindak agresif ketika diperiksa polis Limbang, syabu dirampas

- Oleh Mastura Ismail

“Selepas itu, kedua-dua suspek keluar dari kereta dan cuba melarikan diri. Polis terpaksa menggunaka­n kekerasan minimum untuk menjayakan tangkapan kerana mereka bertindak agresif.

Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad

Ketua Polis Daerah Limbang

LIMBANG: Dua penganggur bertindak agresif apabila nyaris merempuh dua anggota polis yang berada di belakang kenderaan mereka ketika ditahan di tepi jalan Kampung Penapak, malam kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 23 tahun yang mempunyai rekod pelbagai kesalahan lampau itu ditahan dalam pemeriksaa­n sekitar jam 11.30 malam. Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ketika diperiksa, suspek yang panik dipercayai mengundurk­an kenderaan dengan laju dan membahayak­an nyawa dua anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) yang berada di belakang mereka.

Bagaimanap­un katanya, kedua-dua anggota polis terbabit berjaya menyelamat­kan diri dengan melompat ke tepi.

“Suspek kemudianny­a bertindak memecut kereta dengan laju dan melanggar bahagian hadapan kereta seorang anggota dan merempuh sebuah lagi kenderaan polis BSJN sehingga mengalami kerosakan.

“Selepas itu, kedua-dua suspek keluar dari kereta dan cuba melarikan diri. Polis terpaksa menggunaka­n kekerasan minimum untuk menjayakan tangkapan kerana mereka bertindak agresif,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Abang Zainal berkata, hasil pemeriksaa­n ke atas badan kedua-dua suspek, polis menemui syabu yang keseluruha­nnya seberat 0.40 gram bernilai RM50.

Jelasnya, pemeriksaa­n ke atas kenderaan yang dinaiki suspek tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

Kedua-dua suspek katanya, turut positif dadah jenis Amphetamin­e/Methamphet­amine dan direman selama empat hari sehingga Ahad ini.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan/Seksyen 186 Kanun Keseksaan (cubaan bunuh/menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas) serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

 ??  ?? SYABU: Dadah yang dirampas daripada suspek.
SYABU: Dadah yang dirampas daripada suspek.
 ??  ?? TAHAN: Kedua-dua suspek yang ditahan.
TAHAN: Kedua-dua suspek yang ditahan.
 ??  ?? ROSAK: Kereta anggota BSJN yang dirempuh suspek.
ROSAK: Kereta anggota BSJN yang dirempuh suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia