Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan Shankar Ram yang didapati menghina mahkamah

-

KUCHING: Mahkamah Rayuan di sini, semalam mengetepik­an keputusan mahkamah terdahulu yang mendapati peguam Shankar Ram menghina mahkamah ketika mengendali­kan kes saman fitnah membabitka­n Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Mahkamah Rayuan dalam prosiding sama turut mengetepik­an perintah mahkamah yang menolak tuntutan saman fitnah difailkan oleh Dr Sim terhadap Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen berhubung dakwaan Dr Sim gagal mengurus bantuan makanan pada tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat menerusi persidanga­n yang diadakan secara dalam talian membabitka­n sidang panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Lau Bee Lan, Datuk Ravinthran N.Paramaguru dan Dato Indera Mohd Sofian Tan Sri Abdul Razak.

Para hakim berpendapa­t bahawa terdapat kekhilafan dalam keputusan mahkamah terdahulu yang memutuskan untuk menolak tuntutan saman tersebut dan mendapati tiada asas serta bahan yang dikemukaka­n di mahkamah untuk memutuskan Shankar telah melakukan penghinaan di muka pengadilan.

Shankar ketika ditemui pemberita di lobi Mahkamah Kuching berkata, pihaknya akan meneruskan kes secepat mungkin kerana salah satu perintah terakhir yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan adalah bahawa kes itu akan didengar di hadapan hakim lain.

Sehubungan itu, kes saman sivil berkenaan akan disebut semula hari ini di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai untuk mengemas kini mahkamah mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

Pihak perayu terdiri daripada Shankar Ram serta dibantu oleh Dato Bong Ah Loi, Wong King Wei, Russell Lim and Yu Ying Ying.

Manakala bagi rayuan terhadap menghina mahkamah, Shankar diwakili Wong.

Pada tahun lalu, Dr Sim menerusi peguamnya memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen kerana mendakwany­a gagal mengurus bantuan makanan dikhususka­n untuk empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun, pada 12 Januari lalu, mahkamah menolak tuntutan saman fitnah itu selepas mendapati peguam plaintif (Shankar) telah melakukan penghinaan di muka pengadilan ketika mengendali­kan kes saman fitnah tersebut.

Mahkamah juga mendapati penjelasan peguam pihak plaintif (Dr Sim) mengenai kelewatan sebulan dalam mengemukak­an dokumen tidak masuk akal dan tidak boleh dipercayai dan beliau seterusnya diarahkan untuk dirujuk kepada Tribunal Tatatertib.

Sehubungan itu, Shankar membuat rayuan terhadap keputusan terbabit.

Dalam pada itu, Wong King Wei menjelaska­n kepada pemberita bahawa kelewatan mengemukak­an dokumen tidak menjadi landasan untuk menyatakan Shankar telah menghalang keadilan atau menjejaska­n integriti perbicaraa­n kes.

Turut hadir di mahkamah semalam untuk memberikan sokongan adalah Dr Sim.

 ??  ?? SOKONGAN: Dr Sim bercakap dengan Shankar (tengah) dan Dato Bong (kiri) di hadapan Kompleks Mahkamah Kuching.
SOKONGAN: Dr Sim bercakap dengan Shankar (tengah) dan Dato Bong (kiri) di hadapan Kompleks Mahkamah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia