Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh rogol kekasih bawah umur dipenjara 10 tahun

-

KUCHING: Perbuatan seorang buruh yang merogol kekasihnya berusia 15 tahun sehingga mangsa mengandung membawa padah apabila dia dipenjara sepuluh tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, Muhammad Ali Akim, 24, mengaku bersalah apabila didakwa di hadapan Hakim Steve Ritikos mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Pemuda dari Sri Aman itu didakwa melakukan perbuatan tersebut sekitar Oktober 2020 di rumah sewa mangsa yang terletak di Taman Arbi, Pending.

Mengikut keterangan kes, pasangan kekasih tersebut telah menjalinka­n hubungan selama hampir dua tahun sebelum tertuduh melakukan kesalahan terbabit.

Laporan perubatan juga mengesahka­n bahawa mangsa kini mengandung selama lebih kurang 30 minggu dan terdapat kesan koyakan lama pada bahagian sulitnya.

Sebelum dijatuhkan hukum, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu agar tidak dikenakan hukuman berat dan memaklumka­n mahkamah bahawa dia akan bertanggun­gjawab atas perbuatann­ya.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki yang bekerja sendiri dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan selepas mengaku bersalah mengambil dadah berulang kali.

Mazuwan Sahawi, 27, didakwa memasukkan dadah jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine ke dalam badannya pada 1 Januari lalu, jam 12.35 tengah malam, di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dibaca bersama Seksyen 39C (1) akta sama, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara antara lima tahun hingga tujuh tahun serta tidak melebihi tiga sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu juga dilaporkan mempunyai dua sabitan lampau iaitu pada 2014 dan 2019.

Pendakwa a a n bagi kedua-dua kes dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Ilham Kamaruddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia