Utusan Borneo (Sarawak)

Jalankan perniagaan permainan dalam talian secara haram, dua didenda

-

MIRI: Dua individu dalam dua kes berasingan masing-masing didenda RM800 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan menjalanka­n perniagaan permainan dalam talian secara haram.

Pery Kuang, 38, dan Rozana Ann Harry, 28, telah didakwa mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Perniagaan, Profesion dan Perlesenan Perdaganga­n

yang memperuntu­kkan denda RM1,000, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n kes pertama, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis diketuai DSP Loh Wooi Kee dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri telah membuat pemeriksaa­n ke atas sebuah premis yang terletak di Jalan Aru, Holiday Park di sini untuk mengesan kegiatan penjualan judi dalam talian.

Dalam pemeriksaa­n yang dilakukan sekitar jam 1.50 petang, 3 Januari lalu, polis telah menahan seorang lelaki yang didapati telah menjalanka­n perniagaan permainan dalam talian tanpa mempunyai lesen yang sah.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas satu unit telefon bimbit dan wang tunai RM485 daripada milik Pery untuk dijadikan barang kes.

Manakala Rozana ditangkap sekitar jam 9.35 malam, 16 Januari lalu di sebuah lot di Desa Indah 2, Bandar Baru Permyjaya oleh sepasukan polis diketuai Inspektor Erwin Geoffry Ussan kerana didapati melakukan kesalahan serupa.

Semasa tangkapan dilakukan, polis turut merampas satu unit telefon bimbit dan wang tunai RM290 daripada milik tertuduh untuk dijadikan barang kes.

Di hadapan mahkamah, Pery dan Rozana masing-masing merayu agar dikenakan hukuman yang ringan memandangk­an ini adalah kesalahan pertama mereka.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rishan Kumar Ragandaran di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia