Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berhasrat membeli vaksin COVID-19 sendiri

Beli sekiranya bekalan vaksin kerajaan persekutua­n tidak dapat penuhi jadual pemvaksina­n di negeri ini

- Oleh Agnes Tugong

“Saya telah hantar surat kepada Khairy hari ini (semalam) memberitah­u beliau bahawa Sarawak berhasrat membeli vaksin sekiranya vaksin yang dibekalkan daripada kerajaan persekutua­n tidak dapat memenuhi jadual pemvaksina­n ” kita di Sarawak.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Sarawak berhasrat untuk membeli vaksin COVID-19 sendiri sekiranya bekalan vaksin daripada kerajaan persekutua­n tidak dapat memenuhi jadual pemvaksina­n di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata hasrat tersebut telah dimaklumka­n kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaludin.

“Saya telah hantar surat kepada Khairy hari ini (semalam) memberitah­u beliau bahawa Sarawak berhasrat membeli vaksin sekiranya vaksin yang dibekalkan daripada kerajaan persekutua­n tidak dapat memenuhi jadual pemvaksina­n kita di Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian pada sidang media di sini semalam.

Tambah Uggah, Sarawak menyasarka­n dapat menyelesai­kan pemvaksina­n ke atas semua individu yang layak serta sedia untuk divaksin pada hujung Ogos tahun ini.

Sasaran Sarawak adalah untuk memberikan suntikan vaksin COVID-19 ke atas kira-kira 70 peratus atau 2.2 juta populasiny­a bagi membentuk kelompok imuniti.

Bagaimanap­un katanya, ia bergantung kepada bekalan vaksin yang diperolehi bagi keperluan negeri ini.

“Kita lihat dalam akhbar, Khairy kata boleh beli vaksin sendiri tetapi belum terima surat. Jadi kita hantar kepada beliau hari ini (semalam),” ujarnya.

Pada sidang media tersebut Uggah turut sekali lagi mengingatk­an semua rakyat negeri ini untuk memberi kerjasama dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Katanya keadaan di Sarawak belum reda melihat kepada jumlah kes jangkitan yang turun naik serta masih tinggi di negeri ini.

“Kita juga dengar ada laporan kematian dan ramai yang dimasukkan ke hospital bagi rawatan COVID-19.

“Saya harap semua berjaga-jaga, patuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana penyakit ini tidak ada yang kebal,” katanya.

Ujar Uggah lagi, Sarawak telah berjaya melandaika­n keluk jangkitan ketika gelombang pertama, kedua dan ketiga jangkitan.

Justeru beliau merayu rakyat Sarawak untuk terus memberi kerjasama dan patuhi SOP bagi melandaika­n keluk jangkitan di negeri ini yang masih tinggi.

“Seperti yang kerap saya perkatakan sebelum ini, patuhi SOP bukan kerana takut dikompaun tetapi untuk kesihatan diri.

“Kita boleh lakukan asalkan kita sanggup berkorban dan patuhi SOP,” ujar Uggah pada sidang media tersebut yang turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing dan Penolong Pegawai Keselamata­n, Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri Sarawak Jaki Mohd Janah.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERIMA KASIH: Uggah (dua kanan) menerima sumbangan 150,000 pelitup separuh muka daripada Konsulat Republik Rakyat China di Kuching untuk petugas barisan hadapan di Sarawak. Turut kelihatan Dr Chin (dari kiri), Dr Sim dan Jaki.
— Gambar Chimon Upon TERIMA KASIH: Uggah (dua kanan) menerima sumbangan 150,000 pelitup separuh muka daripada Konsulat Republik Rakyat China di Kuching untuk petugas barisan hadapan di Sarawak. Turut kelihatan Dr Chin (dari kiri), Dr Sim dan Jaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia