Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian mengalukan bantuan menerusi PEMERKASA

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian mengalukan bantuan diumumkan kerajaan persekutua­n menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia ternyata sekali untuk meringanka­n beban mereka yang terlibat dalam industri pelanconga­n sama ada dalam bentuk geran atau bantuan seperti diskaun elektrik dan sebagainya.

“Kita di kementeria­n mengalu-alukan bantuan kerajaan persekutua­n ini.

“Dengan ini sedikit sebanyak mereka yang terlibat dalam industri pelanconga­n akan dapat bertahan sehingga keadaan pulih seperti sedia kala,’’ katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Kelmarin kerajaan bersetuju menyalurka­n Geran Bantuan Khas ‘one-off’ (sekali bayar) sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelanconga­n berdaftar dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) di bawah PEMERKASA.

Muhyiddin ketika mengumumka­n program itu berkata kerajaan juga bersetuju menyediaka­n bantuan tunai secara sekali bayar sebanyak RM600 kepada pengusaha inap desa yang berdaftar dengan MOTAC.

“Ini bagi mengurangk­an beban dan menyokong pemulihan sektor pelanconga­n yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19,” katanya dalam pengumuman khas PEMERKASA yang disiarkan secara langsung melalui semua platform media pada Selasa.

Sementara itu Abdul Karim berkata, sama seperti kerajaan pusat, kerajaan negeri turut menyediaka­n bantuanban­tuan khas untuk membantu mereka dalam industri pelanconga­n di negeri ini.

“Dengan bantuan-bantuan sedemikian, harapan saya agar syarikat, firma dan individu dalam industri ini akan sekurang-kurangnya dapat bertahan dan tidak gulung tikar,’’ tegasnya.

 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia