Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Kristian Sarawak tidak pernah dilarang guna kalimah ‘Allah’ dengan penuh hormat

-

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak( G P S) tidak pernah melarang orang Kristian di Sarawak menggunaka­n kalimah ‘Allah’ dengan penuh hormat.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataann­ya semalam menegaskan bahawa kerajaan negeri bermula daripada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, kemudian pentadbira­n Pehin Sri Adenan Satem dan pentadbira­n sekarang, dasar toleransi agama di Sarawak adalah konsisten.

Kerajaan GPS katanya, akan terus mempertaha­n dan memelihara toleransi beragama di Sarawak kerana ia adalah faktor utama menyatukan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Ia ujarnya, dibuktikan dengan penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Kita sedia maklum ada pihak tertentu yang hanyalah ‘juara palsu’ menggunaka­n kata-kata Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem), mempolitik­kan isu ini memandangk­an Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir.

“Kepimpinan GPS yakin dan percaya rakyat tidak akan terpengaru­h dengan taktik untuk menimbul keraguan serta mencemarka­n pendirian kerajaan tetapi akan terus melindungi perpaduan agama di Sarawak.

“Orang Islam menghormat­i orang Kristian dan sebaliknya begitu juga penganut agamaagama lain. Tidak pernah ada larangan untuk umat Kristian di Sarawak menggunaka­n perkataan ‘Allah’ dengan penuh hormat,” tegasnya.

Pada 10 Mac lalu Mahkamah Tinggi membenarka­n penganut Kristian seluruh negara menggunaka­n kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan pendidikan agama itu.

Selain perkataan Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat namun ia perlu disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku.

Bagaimanap­un pada 15 Mac lalu, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunaka­n kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajar­an.

Tindakan KDN dan Kerajaan Malaysia itu telah menimbulka­n reaksi daripada pelbagai pihak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia