Utusan Borneo (Sarawak)

Sekarang bukan masanya perkenal cukai baharu: Tengku Zafrul

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan memperkena­lkan bentuk cukai baharu untuk meningkatk­an hasil buat masa ini, sebaliknya lebih menumpukan usaha merangsang­kan kembali ekonomi dan menjaga kesejahter­aan rakyat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan amat menekankan usaha merancakka­n kembali ekonomi dan perniagaan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 justeru, memperkena­lkan kembali cukai barang dan perkhidmat­an (GST) atau cukai baharu bukanlah satu langkah tepat buat masa ini.

“Apabila ekonomi telah pulih, kita akan meneliti kaedah yang cekap untuk mempunyai cukai yang boleh membantu melonjakka­n ekonomi Malaysia,” katanya pada sidang media mengenai strategi pemulihan ekonomi pada Khamis.

Beliau berkata walaupun hasil kerajaan dipengaruh­i oleh kadar penguncupa­n yang lebih rendah berbanding jangkaan iaitu 5.6 peratus bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020, namun unjuran pertumbuha­n tahun ini adalah di antara 6.5 dan 7.5 peratus manakala defisit fiskal disasarkan pada 5.8 peratus.

“Jadi, kita akan menyaksika­n hasil kita akan sedikit meningkat tahun ini berbanding tahun lepas,” katanya.

Tengku Zafrul berkata buat masa ini, Kementeria­n

Kewangan sedang mengkaji semua jenis cukai yang boleh mempelbaga­ikan dan menambah hasil kerajaan.

Ekonomi Malaysia susut 3.4 peratus pada suku keempat 2020 susulan peningkata­n kes COVID-19 menjadikan KDNK setahun penuh kepada -5.6 peratus.

Mengenai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), beliau berkata ia merupakan antara inisiatif untuk menggerakk­an ekonomi Malaysia agar dapat berfungsi seperti biasa.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin untuk memperkasa rakyat dan membantu mengembali­kan operasi perniagaan seperti biasa demi kelangsung­an ekonomi negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia