Utusan Borneo (Sarawak)

Kes ‘black hole’, plaintif teruskan pemeriksaa­n balas terhadap Chong

-

KUCHING: Perbicaraa­n kes saman sivil ‘black hole’ semalam diteruskan dengan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak (plaintif) memeriksa balas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen (defendan).

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa itu disoal oleh Penasihat Undang-Undang Sarawak Dato Sri JC Fong (plaintif) mengenai risalah berhubung RM11 bilion wang kerajaan lesap dalam ‘black hole’ yang diedarkan oleh Chong dan DAP.

Tegas Chong, pengedaran risalah adalah salah satu cara untuk menjadikan kerajaan bertanggun­gjawab kepada rakyat terutama apabila kerajaan telah berulang kali mengelak untuk dipertangg­ungjawabka­n bagi penggunaan dana awam.

Oleh itu menurut Chong, beliau perlu memberitah­u orang ramai mengenai perkara itu.

Chong juga tidak bersetuju apabila pihak plaintif menyoal sama ada ia merupakan sebahagian daripada ‘politickin­g’.

Tambah Chong juga, tujuan utama keseluruha­n risalah atau intinya adalah untuk minta jawapan daripada kerajaan ke mana perginya RM11 bilion tersebut.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Stampin itu turut memaklumka­n bahawa penggunaan istilah ‘black hole’ hanyalah bertujuan untuk menggambar­kan analogi berhubung wang yang belum diambil kira dan tiada ketelusan mengenai penggunaan peruntukan tersebut.

Fong juga menyoal Chong mengenai soalan yang dikemukaka­n beliau semasa Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pemeriksaa­n balas terhadap Chong akan diteruskan hari ini pada jam 2.30 petang di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai.

Difahamkan, selesai pemeriksaa­n balas tersebut, kedua-dua pihak akan mengemukak­an penghujaha­n masing-masing.

Selain Fong, turut mewakili pihak plaintif adalah Pegawai Undang-undang Negeri Mohamad Adzrul Adzlan, Oliver Chua dan Voon Yan Sin.

Bagi pihak defendan, Mi c h a e l Kong, Sim Kiat Leng dan C h ong Si e w C h i ang hadir untuk membantu Chong.

Pada 3 April 2013, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak memfailkan saman fitnah terhadap Chong di Mahkamah Tinggi Kuching berikutan Chong menggunaka­n istilah ‘black hole’ bagi menyatakan dana RM11 bilion hilang dari tabung negeri.

Kenyataan tersebut seolaholah memberi makna Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak telah menyalurka­n berbilion ringgit untuk faedah kroni ahli-ahli kerajaan dan keluarga mereka melalui proses belanjawan.

 ??  ?? PEGUAM PLAINTIF: Fong (kiri), Adzlan (kanan) dan Voon (belakang).
PEGUAM PLAINTIF: Fong (kiri), Adzlan (kanan) dan Voon (belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia