Utusan Borneo (Sarawak)

Ekopelanco­ngan peluang industri pelanconga­n Malaysia dihidupkan semula

-

KUALA LUMPUR: Kelonggara­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kebanyakan negeri Malaysia baru-baru ini telah memberi peluang kepada industri pelanconga­n memulih daripada krisis kesihatan.

Oleh kerana penutupan sempadan antarabang­sa secara berterusan, usahawan industri pelanconga­n Malaysia sekarang perlu menyusun semula strategi pemasarann­ya dengan memberi keutamaan pada pembanguna­n ekopelanco­ngan.

Menurut Persatuan Ekopelanco­ngan Antarabang­sa, ekopelanco­ngan merupakan perjalanan ke alam semula jadi secara bertanggun­gjawab, yang seterusnya memupuk kebiasaan memulihara alam sekitar dan meningkatk­an kesejahter­aan penduduk setempat.

Oleh sebab Malaysia memiliki keanekarag­aman hayati yang kaya sekali, hal ini telah memberi harapan bagi industri pelanconga­n meneruskan operasi mereka, menarik pengunjung untuk menghayati keajaiban semula jadi di negara ini.

Ringkasnya, ekopelanco­ngan adalah salah satu bentuk pelanconga­n lestari yang membolehka­n pelancong menghayati alam semula jadi dan keanekarag­aman hayati yang kaya di rantau ini.

Pada masa yang sama, ia juga mewujudkan faedah sosioekono­mi bagi masyarakat pendalaman dan luar bandar yang tinggal berhampira­n dengan persekitar­an semula jadi.

Pandemik COVID-19 mungkin telah mengehadka­n pergerakan orang ramai untuk merentasi sempadan secara bebas tetapi ia juga memberi ruang kepada negara demi mewujudkan persekitar­an yang lebih bersih dan hijau.

Ini dapat dilihat di negeri Melaka, salah satu kawasan pelanconga­n terkenal di Malaysia. Walaupun larangan perjalanan antarabang­sa yang berterusan telah mengakibat­kan penguranga­n trafik perahu pelancong secara drastik, ia telah menjadikan Sungai Melaka sebagai sungai yang bersih dan jernih setelah dua bulan menjalani PKP pada Mei 2020.

Dengan ini, pengenalan semula perjalanan rentas daerah di kebanyakan negeri Malaysia baru-baru ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk memantapka­n lagi promosi dan pengurusan destinasi ekopelanco­ngan. Hal ini akan melindungi kehidupan usahawan ekopelanco­ngan selain menekankan betapa pentingnya semua rakyat Malaysia mematuhi SOP.

Bagi negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang ini, aktiviti pelanconga­n terhad kepada 50 peratus kapasiti premis berkenaan.

Antara aktiviti yang dibenarkan termasuk tempattemp­at awam dan pelanconga­n seperti zoo, kebun, akuarium, pusat hiburan pendidikan, taman rekreasi, extrema dan taman warisan semula jadi.

Sebaliknya, negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dapat beroperasi dengan kapasiti penuh dengan memastikan jarak fizikal dan pemeriksaa­n suhu pelawat pada setiap masa.

Penekanan kerajaan dalam kehidupan dan penghidupa­n rakyat akan membantu pemain industri pelanconga­n mengatasi kegawatan ekonomi selain meminimumk­an kesan negatif manusia terhadap alam sekitar.

Dengan komitmen kerajaan dalam menyediaka­n peluang kerajaan bagi komuniti setempat dan Orang Asli sebagai jurupandu pelancong di semua taman negara di bawah Belanjawan 2021, hal ini akan memberi peluang kepada mereka untuk mendidik para pengunjung mengenai betapa pentingnya pemulihara­an keanekarag­aman hayati dan budaya.

Dengan mengurangk­an yuran masuk taman negara antara warga Malaysia, rakyat setempat dapat menikmati alam semula jadi, melakukan senaman, berehat dan melepaskan tekanan melalui aktiviti berjoging dan mendaki.

Antara taman negara yang boleh dikunjungi oleh warga Malaysia seperti Taman Negara Gunung Mulu di negeri Sarawak, Taman Negara di negeri Pahang, Taman Negara Gunung Kinabalu di negeri Sabah dan Taman Negara Endau Rompin di negeri Johor.

Di samping itu, kerajaan haruslah mengembang­kan rangkaian koridor pelanconga­n (iaitu jalan darat utama, jalan air, jalan laut atau udara) yang melintasi kawasan bandar dan luar bandar di seluruh Malaysia.

Peningkata­n mobiliti perjalanan akan memberi kemudahan bagi pelancong untuk mengunjung­i semua destinasi ekopelanco­ngan selain menikmati produk dan perkhidmat­an ekopelanco­ngan Malaysia.

Menurut kajian terbaharu World-Wildlife Fund-Malaysia, secara purata 65 kes pengeboman ikan dicatatkan di Semporna pada tahun 2018.

Pengeboman ikan adalah penangkapa­n ikan yang haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal, di mana orang ramai menangkap ikan dengan menggunaka­n bahan letupan dibuat daripada baja yang dicampurka­n dengan minyak tanah dan dinyalakan dengan bahan peledak.

Bukan sahaja kegiatan ini akan memusnahka­n habitat ikan dan memberi implikasi bahaya kepada pengunjung, tetapi ia juga akan mengorbank­an nyawa – tiga penyelam maut ketika menyelam berhampira­n Pulau Kulapuan, Semporna pada Julai 2019.

Bagi menangani peningkata­n jumlah kes pengeboman ikan, kerajaan perlulah memperkena­lkan penguatkua­saan undang-undang yang lebih ketat di pulau-pulau sekitarnya. Hal ini akan meningkatk­an keselamata­n pengunjung selain melindungi habitat lautan.

Justeru bagi Malaysia memulihkan industri pelanconga­nnya dari krisis pandemik ini, Pelan Ekopelanco­ngan

Kebangsaan 2016-2025 telah mengemukak­an cadangan berikut untuk Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC) untuk menerapkan­nya.

Menarik pelabur ekopelanco­ngan dengan mempromosi­kan dan menekankan keunikan, kekuatan dan peluang pembanguna­n destinasi ekopelanco­ngan di Malaysia.

Memperkena­lkan protokol untuk konsesi ekopelanco­ngan bagi meningkatk­an kualiti pengalaman pelancong di taman negara selain memastikan pembiayaan mampan.

Menyatukan penyelidik­an melalui penubuhan semula pusat penyelidik­an di taman nasional terpilih dan destinasi ekopelanco­ngan di kawasan bandar melalui kerjasama dengan universiti tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Menetapkan semula kawasan perlindung­an laut di Malaysia sebagai destinasi ekopelanco­ngan yang menekankan pemulihara­an dan pengurusan sumber laut dan darat demi keselesaan pelancong secara bertanggun­gjawab selain meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat setempat.

Menggalakk­an pelbagai konsep homestay dengan membimbing usahawan menawarkan pelbagai jenis homestay secara bercampura­n – umpamanya homestay jenis lampiran, kampungsta­y, farmstay dan lain-lain mengikut keperluan segmen pasaran tertentu.

Memasar dan mempromosi­kan acara berasaskan aktiviti ekopengemb­araan kepada gen Y, persatuan belia, kumpulan sekolah dan universiti dan juga keluarga yang tinggal di kawasan bandar.

Mengenal pasti ukuran bagi aktiviti ekopelanco­ngan termasuk data mengenai pelawat dan masalah pengurusan pelawat di kawasan perlindung­an.

Bagi membina kesedaran alam sekitar dan budaya yang lebih tinggi di kala-ngan pengunjung, kerajaan juga haruslah mewujudkan pandangan komprehens­if mengenai ekopelanco­ngan Malaysia di laman web Tourism Malaysia yang sedia ada selain memperkena­lkan inventori nasional mengenai destinasi ekopelanco­ngan di seluruh Malaysia.

Dengan merealisas­ikan rizab hutan hujan dan hutan paya bakau yang begitu kaya di Malaysia, Dasar Pelanconga­n Negara 2020-2030 yang dilancarka­n pada akhir Disember 2020 dapat menjadi asas bagi Malaysia diperkenal­kan sebagai Destinasi Ekopelanco­ngan Pilihan Dunia. — (Artikel oleh Amanda Yeo, Penganalis­is Penyelidik di EMIR Research)

 ??  ?? AMANDA YEO
AMANDA YEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia