Utusan Borneo (Sarawak)

Guna Bantuan Awal Persekolah­an untuk beli barang kelengkapa­n sekolah

-

LABUAN: Program agihan Bantuan Awal Persekolah­an SMK Rancha-Rancha telah berjaya dilaksanak­an dengan adanya komitmen padu daripada pihak pentadbir sekolah, guru, staf dan ibu bapa serta penjaga.

Sungguhpun negara dilanda pandemik COVID19, namun program ini dilaksanak­an dalam keadaan norma baharu sesuai dengan keadaan semasa.

Bantuan Awal Persekolah­an mula diperkenal­kan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringanka­n beban perbelanja­an persekolah­an anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamany­a pada awal tahun.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapa­tan Isi Rumah Kasar RM3,000 dan ke bawah.

Pada tahun 2021, program yang dilaksanak­an ini melibatkan jumlah penerima bantuan sebanyak 216 orang, yang dapat memberi manfaat kepada penerima.

Selain itu, penerima bantuan juga dapat mempersiap­kan diri dengan membeli barang kelengkapa­n sekolah sebelum pembukaan sekolah pada 5 April 2021.

Antara objektif sebenar pemberian Bantuan Awal Persekolah­an adalah untuk meringanka­n beban perbelanja­an persekolah­an pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah.

Semoga bantuan ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh ibu demi kelangsung­an persekolah­an dan kecemerlan­gan anak-anak.

Pengetua SMK RanchaRanc­ha Ustaz Wan Azman Wan Awang berkata, agihan bantuan yang dilaksanak­an adalah usaha baik yang dapat membantu meringanka­n beban dan tanggungan ibu bapa serta penjaga yang terjejas akibat pandemik masa kini.

“Bantuan ini juga diagihkan kepada murid yang berkelayak­an, yang diharapkan dapat membantu dalam urusan harian murid dan keluarga,” katanya.

Beliau juga menzahirka­n ucapan syabas dan tahniah kepada pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Rancha-Rancha yang berjaya menganjurk­an program itu dalam keadaan norma baharu.

Sementara itu, Penolong Kanan HEM Marziawati @ Ziah Mardan menegaskan program yang dilaksanak­an adalah mementingk­an aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) iaitu penjarakan fizikal 1 meter, pemakaian pelitup separuh muka dan amalan mencuci tangan dengan kerap.

Katanya, perkara ini seperti saranan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan didapati semua individu yang hadir patuh terhadap SOP yang ditetapkan.

Rata-rata ibu bapa dan penjaga yang hadir mengambil Bantua Awal Persekolah­an berasa bersyukur kerana bantuan ini dapat mengurangk­an sedikit beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh kebanyakan ibu bapa dan penjaga pada musim persekolah­an terutamany­a awal tahun.

Peningkata­n kos sara hidup yang nyata menyebabka­n harga barangan semakin tinggi.

Bantuan ini dapat meringanka­n ibu bapa dan penjaga dalam membuat persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah.

Program agihan itu berlangsun­g seawal jam 11 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.

Agihan bantuan persekolah­an peringkat SMK Rancha-Rancha diberikan mengikut jadual yang telah dimaklumka­n awal kepada para pelajar dan ibu bapa melalui kumpulan WhatsApp ibu bapa dan pelajar.

Ibu bapa ada yang hadir awal sebelum jam 10.30 pagi lagi telah menunggu di luar pintu pagar sekolah.

Sewaktu agihan Bantuan Awal Persekolah­an semua guru yang bertugas menjalanka­n tanggungja­wab dengan cemerlang.

Diharapkan bantuan seperti ini dapat memberi banyak manfaat kepada murid sekali gus memberikan kegembiraa­n sebelum mereka memasuki persekolah­an pada April nanti.

 ??  ?? PATUH SOP: Ibu bapa dan penjaga patuh SOP semasa program berlangsun­g.
PATUH SOP: Ibu bapa dan penjaga patuh SOP semasa program berlangsun­g.
 ??  ?? PANTAU: Pengetua SMK Rancha-Rancha Ustaz Wan Azman Wan Awang (tengah) turun padang memantau kelancaran program agihan Bantuan Awal Persekolah­an, baru-baru ini.
PANTAU: Pengetua SMK Rancha-Rancha Ustaz Wan Azman Wan Awang (tengah) turun padang memantau kelancaran program agihan Bantuan Awal Persekolah­an, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia