Utusan Borneo (Sarawak)

11 syarikat bas henti-henti di Sarawak terima bantuan

-

MIRI: Peruntukan bernilai RM5.6 juta daripada kerajaan persekutua­n diberikan kepada 11 syarikat bas henti-henti di Sarawak melalui Dana Bantuan Sementara Penguasaha Bas Berhenti-Henti (DBSPB) bagi 2021 hingga 2022.

Perjanjian penerimaan dana itu ditandatan­gani Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak Razami Mohamad Jamali dengan pengurus syarikat bas terbabit sambil disaksikan Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin pada majlis menandatan­gani perjanjian DBSPB di sini semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf serta ahli-ahli Lembaga Pengarah LPKP.

LPKP Sarawak dan Kementeria­n Pengangkut­an dalam kenyataan berkata, 11 syarikat layak menerima dana itu ialah Petra Jaya Transport (S) Sdn Bhd, Biaramas Express

Sdn Bhd, Bau Transport Company Sdn Bhd, City Public Link Bus Services Sdn Bhd, Lanang Road Bus Company Berhad, Rejang Transport Sdn Bhd, Sungei Merah Bus Berhad, Teku Road Bus Co Sdn Bhd, Miri Transport Co Sdn Bhd, Miri City Bus Sdn Bhd dan Miri Belait Transport Company Sdn Bhd.

DBSPB dahulunya dikenali Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF) diperkenal Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) pada 2012 dengan penambaika­n dibuat melalui pemeteraia­n perjanjian kerajaan persekutua­n melalui Kementeria­n Pengangkut­an dengan syarikat pengusaha bas berhentihe­nti.

“DBSPB bukan sahaja meningkatk­an kualiti perkhidmat­an bas berhenti-henti tetapi juga meningkatk­an persepsi dan keyakinan penumpang bas terhadap kualiti perkhidmat­an pengangkut­an awam di Sarawak.

“Dalam usaha mencapai perkhidmat­an bas bertaraf dunia adalah penting bagi kerajaan menyokong syarikat-syarikat pengusaha bas berhenti-henti memastikan mereka dapat meneruskan perkhidmat­an dengan cemerlang,” jelasnya.

DBSPB juga bagi menangani kerugian operasi harian pengendali bas berhenti-henti memastikan kesinambun­gan perkhidmat­an, menggalakk­an memulihkan laluan ditamatkan perkhidmat­an dan mendorong meningkatk­an perkhidmat­an dengan menambah kekerapan perjalanan dan membaiki keadaan bas.

“Program ini melibatkan 50 laluan di seluruh Sarawak iaitu 18 laluan adalah di Kuching, 18 di Sibu dan 14 di Miri.

“Ini juga merupakan pelengkap kepada Program Tambang Bas RM1 yang dijalankan oleh Kerajaan Sarawak di bawah Subsidi Pengangkut­an Awam di Kuching, Miri dan Sibu,” katanya.

Pelaksanaa­n program tambang RM1 di Sarawak bermula pada Mei hingga Disember 2020 dan mencapai kumulatif pengguna bas 1.22 juta dan RM5.2 juta dibelanjak­an Kerajaan Sarawak untuk pembayaran subsidi kepada 12 syarikat bas.

“Oleh kerana sambutan amat memberangs­angkan daripada pengguna bas, program subsidi dilanjutka­n tahun ini dan jumlah pengguna bas berhenti-henti pada Januari 2021 seramai 186,512 orang dan melibatkan subsidi RM751,530.

“Secara keseluruha­nnya, jumlah kumulatif pengguna bas berhenti-henti bagi tempoh sembilan bulan mulai Mei 2020 hingga Januari 2021 adalah 1.418 juta dan melibatkan jumlah subsidi sebanyak RM5.99 juta,” jelasnya.

Kedua-dua subsidi itu diharap mampu mengurangk­an beban kewangan rakyat bergantung kepada perkhidmat­an pengangkut­an bas awam dan mengurangk­an kos operasi pengusaha bas berhenti-henti di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia