Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan salah guna peruntukan MRP tidak benar

Tidak disalah guna sebaliknya menentukan jumlah peruntukan setiap projek dipohon JKKK

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Setiap permohonan projek diluluskan dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Residen dan Daerah agar kerja-kerja pelaksanaa­nnya mematuhi

” spesifikas­i ditetapkan.

TATAU: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai menyifatka­n dakwaan dan tuduhan penyalahgu­naan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai tidak benar.

Beliau berkata, peruntukan itu tidak disalah guna sebaliknya menentukan jumlah peruntukan setiap projek berdasarka­n permohonan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

“Setiap permohonan projek diluluskan dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Residen dan Daerah agar kerja-kerja pelaksanaa­nnya mematuhi spesifikas­i ditetapkan,” katanya pada lawatan ke tapak Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) DUN Kakus kelmarin.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu berkata projek RTP di kawasan Kakus termasuk di bawah pentadbira­n bahagian Sibu dan Mukah dilaksanak­an melalui cabutan undi.

Katanya, meskipun projek RTP ini boleh dilaksanak­an melalui gotong-royong namun lebih mudah JKR, Pejabat Daerah dan Pejabat Residen memantau dan menyelia sekiranya dilaksanak­an kontraktor dipilih.

“Di bawah pelaksanaa­n sesuatu projek RTP setiap DUN diperuntuk­kan RM5 juta, namun jumlah itu tidak mencukupi memandangk­an ada kawasan DUN begitu

Datuk John Sikie Tayai

luas untuk dibangunka­n,” jelasnya.

Dalam pada itu, semalam sebanyak sembilan tempat projek RTP 2021 ditinjau dan dilawat beliau bersama

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera)

JKR Bintulu.

“Lawatan sama dilakukan ke kawasan lain bersama JKR dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kakus bagi memastikan projek dilaksanak­an berjalan lancar,” katanya.

Lawatan ke tapak projek RTP 2021 itu membabitka­n tapak projek bina baharu jalan, merata tapak rumah panjang dan menaik taraf

jalan ke Rumah Sigan Renggi, Rumah Was Janteng, Rumah Berain Jipun, Rumah Kallang Arah, Rumah Das Nyanggau, Rumah Juni Linnyan, Rumah Indai Tuai Unbam, Rumah Jiram Sain, Rumah Janting Juat dan Rumah Enchana.

Turut serta Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong dan Jurutera Awam JKR Bahagian Bintulu Natasha Landan.

 ??  ?? TINJAU: Sikie (kiri) bersama kakitangan JKR mengukur kawasan bagi projek bina baharu jalan hadapan di rumah panjang kawasan Kakus.
TINJAU: Sikie (kiri) bersama kakitangan JKR mengukur kawasan bagi projek bina baharu jalan hadapan di rumah panjang kawasan Kakus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia