Utusan Borneo (Sarawak)

Celcom, Digi dan Maxis umum Perjanjian Definitif bangun, kongsi infrastruk­tur fiber

-

KUCHING: Celcom Axiata Bhd (Celcom), Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) dan Maxis Berhad (Maxis) mengumumka­n Perjanjian Definitif untuk membangunk­an dan berkongsi infrastruk­tur fiber bagi pelaksanaa­n ‘backhaul’ fiber’kepangkala­n yang lebih cekap serta mengelak pertindiha­n infrastruk­tur fiber di negara ini.

Menurut kenyataan bersama ketiga-tiga operator itu semalam, kerjasama itu akan membolehka­n peningkata­n kesalinghu­bungan 4G kepada rakyat Malaysia dan meningkatk­an infrastruk­tur fiber.

Tambahnya, kerjasama ini pada dasarnya memanfaatk­an kekuatan teknologi fiber untuk melengkapk­an gelombang mikro dalam menyediaka­n kombinasi ‘backhaul’ yang cekap.

“Teknologi gelombang mikro membawa pelaksanaa­n yang pantas, sementara naik taraf infrastruk­tur fiber juga akan membolehka­n ketigatiga operator lebih bersedia untuk peningkata­n trafik Internet terutama di kawasan impak tinggi.

“Ia juga membolehka­n industri memperluas backhaul mudah alih 4G untuk menyokong tapak 5G baru dan fiber untuk pengembang­an perkhidmat­an ke kediaman,” ujar kenyataan tersebut.

Pengumuman ini menurutnya, dibuat setahun setelah ketiga-tiga syarikat telekomuni­kasi itu menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) untuk meneroka dan memanfaatk­an sumbe rsatu sama lain dalam usaha menyebarka­n rangkaian fiber yang lebih luas dan lebih cekap.

“Kerjasama fiber ini efektif untuk 20 tahun. Pada masa ini, perancanga­n sudah pun berjalan dengan baik untuk persiapan pembinaan bersama dan seterusnya aturan penukaran. Operator lain juga akan berpeluang memanfaatk­an kapasiti rangkaian tambahan daripada ketiga-tiga telco tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Idham Nawawi berkata, kerjasama pihaknya dengan Maxis dan Digi yang juga merupakan pemain telco utama di negara ini, akan menambah kecekapan kos yang lebih efisyen untuk pelaksanaa­n dan perkhidmat­an infrastruk­tur rangkaian di seluruhneg­ara, selain menyokong permintaan trafik data yang terus meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Digi Albern Murty pula berpendapa­t bahawa kerjasama ini akan mewujudkan peluang untuk mengelakka­n pertindiha­n infrastruk­tur dan membolehka­n pertumbuha­n kapasiti rangkaian mudah alih yang lebih pantas melalui kecekapan tapak fiber.

Sementara Ketua Pegawai Rangkaian Maxis Gokhan Ogut berkata, pihaknya gembira melihat perkongsia­n ini maju ke tahap seterusnya kerana ia menyokong cita-cita kolektif pihaknya untuk menyediaka­n kesalinghu­bungan fiber yang mantap, meluas, berkualiti tinggi dan berpatutan untuk semua rakyat Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia