Utusan Borneo (Sarawak)

MR D.I.Y. lancar gudang robotik e-dagang di Seri Kembangan

-

KUCHING: Peruncit gergasi tempatan MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) semalam melancarka­n gudang robotik e-dagang di Seri Kembangan, Selangor.

MR D.I.Y. menerusi kenyataan medianya menjelaska­n, gudang seluas 65,000 kaki persegi itu dilengkapi dengan robot yang diprogramk­an untuk memenuhi keperluan membeli-belah dalam talian pelanggan dengan lebih cepat berbanding penggunaan sistem secara manual.

“MR D.I.Y. telah melabur sehingga RM5 juta bagi perancanga­n dan pembinaan sistem gudang robotik edagang ini dan ia membawa peningkata­n 200 peratus dalam kecekapan operasi,” ujar kenyataan tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group Andy Chin berkata, membeli-belah atau berbelanja dalam talian telah mendapat perhatian sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Sehubungan itu, berikutan trend dan adaptasi daripada Revolusi Perindustr­ian Keempat (IR4.0), MR D.I.Y. telah memulakan perancanga­n reka bentuk dan pembanguna­n sistem gudang robotik e-dagang ini sejak tahun 2019.

“Lebih menarik lagi, pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menyumbang kepada trend membeli-belah atau berbelanja dalam talian dan ia telah menjadi satu aktiviti kekal,” jelasnya.

Beliau menambah, pembanguna­n gudang secara amnya adalah perkara biasa tetapi pelanggan yang akan lebih menikmati faedahnya.

“Gudang ini membolehka­n kami memproses pesanan barangan dalam talian dengan kadar tiga kali ganda daripada sebelumnya dan ia bermaksud pelanggan akan dapat menerima pesanan barangan mereka dengan lebih pantas.

“Fungsi pengambila­n barangan secara automatik ini juga dapat mengurangk­an kemungkina­n kesilapan manusia manakala reka bentuk inovatifny­a membolehka­n gudang menyimpan pelbagai jenis stok produk, memberikan banyak pilihan iaitu lebih daripada 20,000 produk dalam talian buat pelanggan kami,” jelasnya.

Tambah Chin, tahap tugas automatik yang lebih tinggi juga telah mengurangk­an keperluan tenaga buruh dalam melakukan tugas-tugas fizikal yang memerlukan proses secara berulang, memberikan kesempatan kepada pihaknya untuk meningkatk­an kemahiran para pekerja gudang dalam ilmu robotik dan automasi.

“Ia sekali gus membuka peluang buat mereka untuk melopori peranan sebagai penyelia dan pengurus. Secara keseluruha­nnya, pembanguna­n gudang robotik e-dagang ini bertujuan mendorong pertumbuha­n, memberikan nilai kepada pelanggan dan meningkatk­an kemahiran (para pekerja),” kata Chin.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y. www.mrdiy.com, platform edagang www.mrdiy.com.my, dan media sosial @MR DIY di Facebook dan Instagram.

 ??  ?? BERKHIDMAT: Pekerja MR D.I.Y. yang mengurus gudang robotik ini, (dari kiri) Pengurus Gudang Robotik E-dagang & Operasi V. Prabakarar, Chin dan Pengurus E-dagang Steven Wan.
BERKHIDMAT: Pekerja MR D.I.Y. yang mengurus gudang robotik ini, (dari kiri) Pengurus Gudang Robotik E-dagang & Operasi V. Prabakarar, Chin dan Pengurus E-dagang Steven Wan.
 ??  ?? ANDY CHIN
ANDY CHIN
 ??  ?? CANGGIH: Gudang seluas 65,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan robot yang diprogramk­an untuk memenuhi keperluan membeli-belah dalam talian.
CANGGIH: Gudang seluas 65,000 kaki persegi ini dilengkapi dengan robot yang diprogramk­an untuk memenuhi keperluan membeli-belah dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia