Utusan Borneo (Sarawak)

MBM dituduh lalai awasi SOP Pasar Besar Krokop

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) dituduh lalai mengawasi pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) kerana lambat menyediaka­n alat pengimbas suhu dan buku rekod di Pasar Besar Krokop di sini.

Ketua Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak Peter Hee berkata, sebagai pihak berkuasa dan penguat kuasa, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

“Ini bukan terjadi satu atau dua hari. Ini telah lama berlaku. Mengapa kesalahan ini boleh terjadi dalam MBM. Saya berharap MBM dan datuk bandar mengemukak­an saman kepada diri sendiri sebanyak RM50,000 atas kesalahan ini, “jelas beliau.

Pasar Besar Krokop termasuk tamu dan pasar utama di sini adalah di bawah bidang kuasa MBM.

Hee yang juga Ketua Pemuda DAP Miri telah melawat pasar popular itu kelmarin setelah menerima aduan daripada awam.

“Salah seorang pelanggan kerap ke pasar ini memberitah­u, sememangny­a tiada buku rekod dan alat pengimbas suhu. Sudah lebih daripada tiga minggu,” katanya.

Menurut Hee, tanpa buku rekod agak sukar pihak berkuasa menjejaki atau mengesan pelanggan sekiranya didapati berkait rapat dengan pesakit COVID-19.

Pagi kelmarin beliau juga mengambil beberapa foto sebagai bukti pasar tersebut tidak menyediaka­n alat pengimbas suhu dan buku rekod.

“Pagi Khamis, saya pergi ke Pasar Besar Krokop memahami SOP daripada MBM. Pagi tadi ada alat pengimbas suhu, ada buku rekod dan ada anggota RELA.

“Tetapi, kelmarin (Rabu) saya juga melawat pasar itu setelah menerima aduan daripada orang awam memberitah­u tiada alat pengimbas suhu dan buku rekod untuk mereka yang tidak memiliki telefon bimbit atau terlupa membawa telefon ke sana. Tiada buku rekod untuk mencatat nama mereka,” jelasnya semalam.

Bermula semalam, beberapa anggota penguat kuasa ditugaskan memeriksa suhu badan dan mencatat rekod kehadiran pengunjung di pasar itu.

Pemeriksaa­n dilakukan di laluan masuk dan pelanggan keluar menggunaka­n laluan lain.

 ??  ?? ADUAN: Hee (belakang, kiri) mendengar aduan awam ketika lawatan ke Pasar Besar Krokop, Miri semalam.
ADUAN: Hee (belakang, kiri) mendengar aduan awam ketika lawatan ke Pasar Besar Krokop, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia