Utusan Borneo (Sarawak)

PKPD di Rumah Sewa Anong,Beverly Hills dilanjutka­n

-

BINTULU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills di sini bermula 5 Mac selama 14 hari dan dijadual tamat semalam dilanjutka­n sehingga 25 Mac ini.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, susulan itu kedua-dua pihak (pemilik dan penyewa) di situ perlu mengambil iktibar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19.

Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China itu berkata, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBBB) sebelum itu menilai risiko penularan di kawasan perumahan sewa itu sekali gus memutuskan menjalanka­n PKPD.

Begitupun, Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPDP dilanjutka­n sehingga 25 Mac dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kementeria­n Kesihatan (KKM) mengesahka­n masih berlaku penularan kes melibatkan kalangan penduduk di rumah sewa terbabit,” katanya pada sidang media kelmarin.

Dalam pada itu, Tiong juga menggesa pemilik dan penyewa menjadikan­nya sebagai iktibar dengan mematuhi SOP mencegah penularan wabak terbabit.

“Ini adalah kali pertama pihak berkuasa menggunaka­n pendekatan memasang kawat berduri bagi mengekang penularan wabak itu di kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berharap orang ramai memahami betapa serius dan berhati-hati JPBBB dalam usaha memerangi wabak itu.

Sekiranya tiada pilihan, satu-satu cara mengekang penularan wabak dalam kalangan orang awam adalah dengan mengambil pendekatan seumpamany­a.

“Saya berharap orang ramai mengambil pengajaran daripada kes ini dan tidak harus membuat spekulasi dan mengeksplo­itasi kelemahan yang ada.

“Mereka yang tidak mematuhi SOP mungkin dapat mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang, namun petugas barisan hadapan bertungkus-lumus dalam tekanan fizikal dan mental memutuskan rantaian wabak ini,” katanya.

 ??  ?? PASANG: Kerja pemasangan kawat berduri oleh anggota tentera pada 7 Mac lalu.
PASANG: Kerja pemasangan kawat berduri oleh anggota tentera pada 7 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia