Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan B40 sambut baik bantuan di bawah PEMERKASA

Di bawah inisiatif ini, golongan B40 yang hilang pendapatan akan terima wang tunai sekali beri RM500

- Oleh Agnes Tugong

Terima kasih kepada kerajaan persekutua­n di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana prihatin dengan kesusahan rakyat

” terutama golongan B40.

KUCHING: Rakyat terutama golongan B40 menyambut baik bantuan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan.

Di bawah inisiatif ini, golongan B40 yang hilang pendapatan akan menerima wang tunai sekali beri sebanyak RM500.

Sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapa­tan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 mulai Jun nanti.

John Pata, 49, berkata bantuan itu adalah wajar dan bertepatan lebih-lebih lagi kepada golongan B40 yang terkesan dan hilang pendapatan akibat pandemik COVID-19.

“Terima kasih kepada kerajaan persekutua­n di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana prihatin dengan kesusahan rakyat terutama golongan B40.

“Sebagai rakyat, kita berharap bantuan ini dapat membantu meringanka­n beban rakyat terutama pada waktu sukar ini,” katanya kepada Utusan Borneo.

Sementara itu Mary Antionette, 32, berkata bantuan ini adalah wajar tetapi bersifat jangka pendek.

“Pemberian bantuan dalam bentuk wang tunai hanya mampu melegakan rakyat untuk satu tempoh sahaja kerana ia hanya disalurkan sekali.

“Bagaimanap­un kita menyambut baik bantuan ini lebih-lebih lagi bagi golongan B40 kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu mereka pada masa sukar ini,” kata Mary.

Bagi Riandeka Nissen, 28, pula bantuan ini sekurangku­rangnya dapat meringanka­n beban rakyat walaupun dibayar sekali sahaja lebih-lebih lagi yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik ini.

Pada masa yang sama katanya, rakyat perlu ada inisiatif sendiri untuk menjana pendapatan lain dan tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.

“Bantuan tunai seperti ini bersifat sementara dan RM500 adalah tidak banyak, maka guna sebaiknya untuk keperluan penting,” katanya.

Dalam pada itu kedua-dua kategori penerima bantuan ini berumur antara 21 hingga 60 tahun dan mereka tidak perlu membuat pendaftara­n permohonan.

Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

John Pata

 ??  ?? RIANDEKA NISSEN
RIANDEKA NISSEN
 ??  ?? MARY
MARY
 ??  ?? JOHN
JOHN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia