Utusan Borneo (Sarawak)

Subsidi telefon pintar legakan isi rumah B40

-

KUCHING: Subsidi RM300 bagi pembelian telefon pintar di bawah Program Jaringan Prihatin kepada isi rumah yang mempunyai anak bersekolah wajar dan bertepatan.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati rata-rata isi rumah yang mempunyai anak bersekolah menyambut baik pemberian subsidi yang ditambah baik kerajaan ini.

Abang Abdul Aziz Abang Abdul Rauf berkata, langkah kerajaan menambah baik subsidi pembelian telefon pintar ini sememangny­a wajar dan tepat pada masanya.

“Pemberian subsidi ini dapat mengurangk­an beban rakyat terutama golongan B40 yang mempunyai anak bersekolah lebih daripada seorang.

“Lebih-lebih lagi dalam pandemik COVID-19 ketika ini, penggunaan telefon pintar menjadi satu keperluan untuk anak-anak mengikuti pengajaran dan pembelajar­an di rumah.

“Dengan adanya subsidi ini ia dapat membantu ibu bapa yang kurang mampu mendapatka­n telefon pintar mengikut kemampuan untuk kemudahan anak-anak mereka yang bersekolah,” katanya.

Sementara itu Kolvincore­n Jihem berkata, subsidi RM300 sudah pasti dapat membantu meringanka­n beban ibu bapa membeli telefon pintar untuk kegunaan anak mereka.

“Saya menyambut baik subsidi ini serta penambahba­ikan yang dibuat kerajaan di bawah Program Jaringan Prihatin ini.

“Dengan adanya subsidi serta penambahba­ikan perkhidmat­an Internet ini ia dapat merapatkan jurang digital khususnya dalam kalangan isi rumah B40,” katanya.

Sementara itu Erwina Nissen berkata, subsidi ini amat diperlukan isi rumah yang kurang berkemampu­an serta mempunyai anak yang ramai masih bersekolah.

Dengan pemberian subsidi ini, ia dapat digunakan untuk ibu bapa membeli tambahan telefon pintar untuk anakanak mereka mengikuti kelas secara dalam talian semasa pandemik ini.

“Tetapi kerajaan juga perlu memastikan kemudahan Internet dapat diakses dengan baik terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Tanpa liputan Internet yang baik, subsidi ini dan Program Jaringan Prihatin ini secara keseluruha­nnya adalah tidak bermakna,” katanya.

 ??  ?? ABANG ABDUL AZIZ
ABANG ABDUL AZIZ
 ??  ?? ERWINA
ERWINA
 ??  ?? KOLVINCORE­N
KOLVINCORE­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia