Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk kecewa liputan telekomuni­kasi sangat teruk di kawasan Kemuyang

-

SIBU: Seorang penduduk kawasan Kemuyang di sini yang hanya dikenali sebagai Smoot, melahirkan rasa kecewa dan marah kerana liputan telekomuni­kasi sangat teruk di kawasan Kemuyang, Sibu sejak sembilan tahun lalu.

Menurutnya, kawasan Kemuyang mempunyai liputan telekomuni­kasi Maxis 4G LTE, Celcom 4G LTE tetapi Maxis dan Celcom mempunyai liputan 4G LTEAdvance­d yang tidak kuat kerana hanya dua bar.

“Manakala UMobile & Digi hanya mempunyai 3G,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Selaku pengguna Maxis, Smoot sering menghadapi masalah liputan Maxis pada setiap bulan yang bertukar daripada 4G LTE kepada H atau H+, ‘Emergency Calls Only’ dan 4G LTE-Advanced tetapi hanya dua bar.

“Saya juga sering membuat aduan kepada pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) namun pihak Maxis menyuruh saya menukar kepada syarikat telekomunk­asi lain yang mempunyai liputan lebih bagus,” jelasnya.

Di samping itu, Smoot mempunyai seorang adik perempuan yang merupakan penuntut universiti.

Adiknya sentiasa belajar dalam talian akibat pandemik COVID-19.

“Malangnya, masalah telekomuni­kasi ini sangat menyusahka­n aktiviti pembelajar­an dalam talian adik saya dan kawan-kawannya yang juga penuntut universiti,” ujarnya.

Beliau berkata, dua bulan lepas adiknya terpaksa pergi ke kawasan bandar untuk mengakses peperiksaa­n dalam talian kerana liputan

Maxis 4G LTE di kawasan Kemuyang hilang.

Justeru, Smoot mewakili adiknya dan penuntutpe­nuntut universiti lain yang tinggal di kawasan Kemuyang, Sibu menggesa pihak SKMM membina menara telekomuni­kasi UniFi Air memandangk­an talian TM lebih pantas, tanpa had serta lebih stabil.

Di samping itu juga, beliau menggesa pihak SKMM membina satu lagi menara telekomuni­kasi supaya wujud liputan Maxis 4G LTE-Advanced, Celcom 4G LTEAdvance­d, Digi 4G LTEAdvance­d

dan UMobile 4G LTE-Advanced yang lebih kuat.

“Mengikut teori telekomuni­kasi, liputan 4G LTEAdvance­d jauh lebih pantas dan lebih stabil iaitu dua kali ganda berbanding liputan 4G LTE,” tambahnya sambil berharap pihak SKMM dapat mengambil tindakan lebih tegas terhadap masalah telekomuni­kasi di kawasan Kemuyang, Sibu seperti kes Veveonah Mosibin di Sabah baru-baru ini yang termasuk dalam projek JENDELA (Pelan Jalinan Digital Negara).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia