Utusan Borneo (Sarawak)

Siri jelajah beri peluang pemimpin PSB dekati masyarakat akar umbi

-

LIMBANG: Siri jelajah yang digerakkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) Cawangan Bukit Kota sejak pertengaha­n tahun lalu memberi peluang kepada barisan pemimpin parti berkenaan mendekati masyarakat akar umbi di setiap kampung.

Calon berpotensi PSB Cawangan Bukit Kota Rosli Amat berkata selain menyelami permasalah­an dihadapi rakyat, program jelajah itu menjadi platform menyampaik­an maklumat terkini isu-isu semasa.

“Sejak dimulakan pertengaha­n tahun lepas, hampir 80 kawasan dan kampung dilawati di konstituen­si Bukit Kota,” katanya kepada media semalam.

Rosli berkata, sambutan terhadap PSB Cawangan

Bukit Kota amat menggalakk­an.

“Sambutan terhadap PSB di N79 Bukit Kota semakin menyerlah. Kita teruskan usaha kita sehingga berjaya,” katanya.

Beliau berkata, siri jelajah dan lawatan itu akan diteruskan sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pada siri jelajah tersebut pihaknya juga bertemu dengan rakyat sekali gus menyerahka­n sumbangan makanan kepada mereka yang memerlukan membabitka­n warga emas, ibu tunggal dan golongan asnaf.

“Usaha ini perlu supaya masyarakat dapat memahami dengan jelas dan menerima baik agenda PSB Bukit Kota,” katanya.

KUCHING: Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) menerima baik saranan kerajaan menaikkan had kelayakan gaji maksimum penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) daripada RM1,200 kepada RM1,500.

Presidenny­a Rapelson Richard Hamit berkata, namun PERAIS berharap agar kerajaan mempertimb­angkan agar had maksimum berkenaan dinaikkan sehingga RM2,000 iaitu pada paras kemiskinan di Malaysia.

“Hal sedemikian adalah kerana keadaan semasa kini di mana pendapatan di bawah RM2,000 adalah di bawah paras kemiskinan ditambah lagi dengan kos hidup semakin tinggi selain daripada pandemik COVID19,’’ katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Pada Selasa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pengumuman khas perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) turut mengumumka­n had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan EPC akan dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan bagi membantu golongan OKU yang bekerja turut terjejas dalam tempoh yang sukar ini.

Muhyiddin berkata, inisiatif membabitka­n peruntukan berjumlah RM26 juta itu akan memberi manfaat kepada 5,000 orang kurang upaya (OKU) di negara ini.

Kerajaan persekutua­n juga bersetuju menambah RM20 juta bagi memperkuku­hkan program di bawah institusi seliaan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rapelson berkata, PERAIS juga menyokong saranan kerajaan persekutua­n untuk memberi peluang kepada golongan OKU mendaftar dan memperbaha­rui perniagaan mereka dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) secara percuma sebagai galakan menceburi bidang perniagaan.

“Ia di samping, Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediaka­n RM25 juta di bawah Skim Mikrokredi­t Istimewa bagi golongan OKU menceburi bidang perniagaan dengan had pembiayaan sehingga RM50,000 dan kadar faedah serendah tiga peratus melalui program PEMERKASA ini,’’ katanya.

 ??  ?? SERAH: Rosli (depan, dua kiri) menyerahka­n bantuan makanan kepada penduduk di Lubok Sigantang kelmarin.
SERAH: Rosli (depan, dua kiri) menyerahka­n bantuan makanan kepada penduduk di Lubok Sigantang kelmarin.
 ??  ?? RAPELSON
RAPELSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia