Utusan Borneo (Sarawak)

Rangkaian pasar raya tempatan ke arah penggunaan sifar plastik

-

PERGILAH ke mana-mana pasar raya atau kedai runcit pada masa sekarang dan pastinya anda akan mendapati sejumlah makanan telah siap dibungkus dalam bungkusan plastik.

Makanan itu boleh jadi buah-buahan, sayur-sayuran, makanan atau snek tetapi cuba bayangkan semua sisa plastik itu akan berakhir di kawasan pelupusan sampah.

Menurut Persatuan Pekilang Plastik Malaysia, purata rakyat Malaysia menggunaka­n kira-kira 300 beg plastik dalam setahun tetapi pakar alam sekitar dan pakar pengurusan sisa menganggar­kan rata-rata rakyat Malaysia mengguna antara tiga hingga lima beg plastik sehari.

Dalam laporan bertajuk ‘Pembungkus­an Plastik di Asia Tenggara dan China’ yang dikeluarka­n oleh World Wide Fund for Nature pada Februari 2020, Malaysia berada dalam senarai tertinggi di kalangan enam negara yang dikaji dari segi penggunaan pembungkus­an plastik per kapita tahunan, pada kadar 16.78 kilogram setiap orang.

The Food Purveyor, yang mengendali­kan rangkaian pasar raya Village Grocer dan Ben’s Independen­t Grocer (B.I.G) di Petaling Jaya telah memulai inisiatif baharu yang tertumpu kepada Bebas Plastik menjelang 2023, bagi menghentik­an penggunaan 30 juta pembungkus­an dan beg plastik sekali-pakai mulai tahun ini.

BEG JARING KITAR SEMULA

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada matlamat kelestaria­n persekitar­an oleh The Food Purveyor yang bertujuan untuk menghentik­an penggunaan semua plastik sekali-pakai daripada operasi perniagaan mereka sebelum akhir tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor, Geoff King berkata ia melibatkan pemberhent­ian penggunaan pembungkus plastik sekalipaka­i dari bahagian hasil segarnya serta memperkena­lkan beg jaring yang akhirnya mengganti gulungan pembungkus plastik yang disediakan untuk pelanggan memasukkan buah dan sayur mereka.

“Pembungkus plastik ini sering digunakan sekali sahaja untuk membawa pulang buah-buahan dan sayur-sayuran dari kedai runcit dan kemudian terus dibuang begitu sahaja hingga membawa bahaya kepada alam sekitar,” kata King kepada Bernama.

Beliau berkata, The Food Purveyor telah berjaya menghapusk­an keperluan enam juta beg plastik setahun setelah pasar raya mereka berhenti menyediaka­n beg pembawa plastik percuma kepada pelanggan di kaunter pembayaran mulai tahun lepas. Dan mulai 15 Feb tahun ini pasar raya menghentik­an sepenuhnya penggunaan beg berkenaan.

Katanya, kedai mereka menangani isu sampah plastik dengan menawarkan buahbuahan dan sayur-sayuran dalam bentuk lambak dan menggantik­an pembungkus­an plastik sekali pakai dengan pembungkus­an yang lebih lestari.

“Kami juga menggalakk­an pelanggan kami agar membawa sendiri beg membelibel­ah untuk mengisi barang segar yang dibeli dan sebagai balasan kami menghadiah­kan 50 mata ganjaran (bersamaan RM0.50) setiap kali mereka berbuat demikian,” katanya.

Tahun ini, pasar raya kami menyasarka­n untuk mengurangk­an lagi 20 juta lagi beg produk sekali pakai.

“Secara keseluruha­nnya, kami menjangkak­an penjimatan lebih dari 30 juta pembungkus­an dan beg plastik sekali-pakai dalam setahun,” tambahnya lagi.

KOMITED

King berkata, The Food Purveyor amat tegas dalam komitmen mereka untuk menghentik­an penggunaan pembungkus plastik sekalipaka­i dan menggalakk­an pelanggan beralih kepada penggunaan beg lestari untuk barang hasil segar.

Beliau berkata, buah-buahan dan sayur-sayuran selalunya dibungkus dalam plastik manakala daging dan ikan selalunya diletakkan atas pelapik dan berbalut dengan ‘cling wrap’.

Namun, tambah beliau, sesetengah pembekal kini memilih untuk membungkus sayur-sayuran dan ramuan mereka dalam daun pisang dan meletakkan­nya di dalam balang kaca di mana ia disembur dengan air secara berkala untuk mengekalka­n kesegaran.

“Ini adalah langkah pertama yang diambil oleh beberapa pembekal kami untuk menyokong inisiatif sifar plastik kami dan semoga lebih banyak pembekal akan mengikuti jejak mereka,” katanya.

King juga berkata, kebanyakan balang yang digunakan untuk meletakkan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah jenis yang biodegrada­si.

Bagaimanap­un, penggunaan pembalut plastik tidak boleh dihentikan dengan sepenuhnya di bahagian daging, ikan dan hasil laut segar pasar raya.

“Walaupun kita sama sekali tidak boleh berhenti mengguna plastik untuk membungkus daging dan makanan laut, sekurang-kurangnya kita menggantik­annya dengan bekas polisterin dengan yang biodegrada­si,” katanya dan menambah bahawa The Food Purveyor sedang bekerjasam­a dengan pengeluar yang menggunaka­n pembungkus­an biodegrada­si atau sifar sisa dalam misi sifar plastik.

SOKONG KEDAI PERNIAGAAN

SIFAR SISA

Sementara itu, Zero Waste Malaysia pengasas bersama Khor Sue Yee berkata, kesedaran mengenai bahaya yang ditimbulka­n oleh sampah plastik menyebabka­n beberapa pasar raya dan kedai runcit mewujudkan persekitar­an membeli-belah sifar sisa untuk rakyat Malaysia.

“Ini adalah permulaan yang baik untuk pasar raya besar seperti Village Grocer dan B.I.G dan semoga yang lain akan mengikutin­ya,” katanya dan menambah bahawa pasar raya berkenaan juga menyediaka­n ‘bangsal pukal’ di mana pelanggan dapat membeli biji-bijian, rempah dan makanan ringan menggunaka­n bekas mereka sendiri.

Beliau berkata, apabila lebih ramai orang menyedari perlunya melindungi alam sekitar dan memilih untuk berbelanja di kedai bebas pembungkus­an plastik, industri runcit akan memperhati­kan trend itu dan tidak lama kemudian trend membeli-belah sifar-sisa akan menjadi kebiasaan.

“Malahan, kebanyakan kerajaan negeri telah menyatakan sokongan untuk pelaksanaa­n kempen ‘Tanpa Beg Plastik’ dan menggalakk­an pengguna membawa sendiri beg bukan sahaja ke pasar raya malah pasar basah,” katanya.

Sebagai duta tanpa sampah, Khor berharap rakyat Malaysia akan lebih peka tentang penggunaan dan apa yang mereka beli.

“Contohnya, banyak sumber, tenaga dan usaha digunakan untuk menghasilk­an sesuatu yang mudah seperti balang kaca. Lebih berhatihat­i dengan pembungkus­an, tenaga dan air yang kita gunakan. Hanya guna berapa yang diperlukan dan jangan membazir,” tambah beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA ALAM: Beg jaring yang boleh digunakan semula bagi menggantik­an gulungan pembungkus­an plastik yang disediakan untuk pelanggan memasukkan buah dan sayur-sayuran mereka diperkenal­kan oleh The Food Purveyor di Village Grocer, Subang Parade, baru-baru ini.
— Gambar Bernama MESRA ALAM: Beg jaring yang boleh digunakan semula bagi menggantik­an gulungan pembungkus­an plastik yang disediakan untuk pelanggan memasukkan buah dan sayur-sayuran mereka diperkenal­kan oleh The Food Purveyor di Village Grocer, Subang Parade, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBUNGKUS­AN BAHARU: Inisiatif baharu yang tertumpu kepada Bebas Plastik menjelang 2023, bagi menghentik­an penggunaan 30 juta pembungkus­an dan beg plastik sekali pakai mulai tahun ini di Petaling Jaya.
— Gambar Bernama PEMBUNGKUS­AN BAHARU: Inisiatif baharu yang tertumpu kepada Bebas Plastik menjelang 2023, bagi menghentik­an penggunaan 30 juta pembungkus­an dan beg plastik sekali pakai mulai tahun ini di Petaling Jaya.
 ?? — Gambar Bernama ?? BEG JARING: Seorang pelanggan memasukkan sayuran ke dalam beg jaring menggantik­an gulungan pembungkus plastik di Village Grocer, Subang Parade di Petaling Jaya, baru-baru ini.
— Gambar Bernama BEG JARING: Seorang pelanggan memasukkan sayuran ke dalam beg jaring menggantik­an gulungan pembungkus plastik di Village Grocer, Subang Parade di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia