Utusan Borneo (Sarawak)

Kurma banyak khasiat dan manfaatnya

- Sumbangan Mohd Bohari

TINGGAL beberapa minggu sahaja lagi menjelang bulan Ramadan Al-Mubarak. Bulan yang selalunya dinanti-nantikan masyarakat Islam ini sering dikaitkan dengan kebanjiran buah kurma di pasaran tempatan.

POKOK KURMA

Jenis buah bergantung pada kandungan glukosa, fruktosa dan sukrosanya. Pokok kurma atau tamar (bahasa Arab) ialah sejenis pokok palma dalam genus ‘phoenix’, ditanam secara besar-besaran untuk mendapatka­n buahnya.

Oleh sebab sejarah penanamann­ya yang lama, taburan asalnya telah dikenal pasti selama lebih 6,000 tahun. Buah ini dikatakan berasal dari Mesopotami­a(sekarang Iraq). Terdiri daripada lebih 200 jenis, kurma ialah keluaran buah utama di Mesir, Arab Saudi dan negara negara Timur Tengah yang lain.

Pokok kurma yang bersaiz sederhana, dengan ketinggian 15 hingga 25 meter biasanya tumbuh dalam kumpulan beberapa pokok daripada satu sistem akar tunggal.

Terdapat banyak jenis kurma dari beberapa negara seperti Ajwa, Anbara, Soffary, Safawi, Khudary, Hellwah, Shalabee, Barney dan Rabia dari Arab Saudi.

Sayer, Mozafati, Piarom, Zahedi dari Iran manakala Jewel dan Fardh dari Oman, Al-Essa dan Rehma dari Mesir sementara Kurma Merah Cina (Red Dates) dari China.

Kalahari Medjoul pula dari Palestin, manakala Khalas, Fardh dan Zahedi dari Emiriyah Arab Bersatu. Terdapat banyak lagi jenis kurma seperti Al-Wadi, Deena, Nadine, Nefisa, Nourina, Safia, Wasem, Zarra, Zehra dan lain-lain lagi.

Kurma adalah sejenis tumbuhan palma. Kurma juga adalah buah yang diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW.

Kurma kaya dengan khasiat yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan kerana kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, Vitamin A dan C, niasin dan pelbagai sumber nutrien lagi.

Apabila berbicara mengenai buah kurma pasti ramai mengaitkan­nya dengan bulan Ramadan kerana kurma selalu dimakan semasa berbuka puasa. Tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa buah kurma ini mempunyai banyak kebaikan dan ia sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Apa yang pasti anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakka­n sakit jantung dan strok, kurma merupakan makanan yang sangat sesuai diamalkan. Selain itu, kurma juga sesuai diamalkan oleh ibu hamil, wanita bersalin dan ibu menyusu anaknya.

Kandungan nutrien yang tinggi dalam kurma menjadikan ia makanan yang wajib dimakan untuk kesihatan yang optimum.

Berikut merupakan khasiat buah kurma yang perlu anda tahu.

Risiko sakit kronik rendah - Risiko mendapat penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis rendah. Kurma mengandung­i zat-zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatka­n sel darah merah. Berdasarka­n kajian pensyarah Sains Makanan,Fakulti Sains Makanan dan B ioteknolog­i Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Asiah Zain, jika seseorang itu makan kurma setiap hari risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan kencing manis dikurangka­n.

Membantu masalah usus Kandungan nikotin di dalam kurma mampu membantu menyelesai­kan pelbagai masaalah usus. Dengan pengambila­n kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan yang tidak hadam dan masalah pencernaan. Mengelak cirit-birit - Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menghalang cirit-birit dengan melegakan dinding perut dan usus serta merangsang bakteria baik (dalam perut) secara lebih efektif.

Melegakan sembelit - Kurma juga mampu melegakan sembelit kerana ia mempunyai kesan laksatif ringan. Sebab itu disarankan untuk anda merendam beberapa biji kurma dalam air semalaman dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk meningkatk­an pencernaan yang baik.

Mengawal berat badan Pengambila­n kurma semasa perut kosong pada waktu pagi berkesan menghalang pertambaha­n berat badan dan kerana ia bebas kolesterol ia membantu anda mengawal berat badan. Namun ambil perhatian, kandungan gula kurma juga tinggi jadi elak makan dalam jumlah yang berlebihan.

Mengimbang­kan kolestrol Sangatberg­unadalamme­ngimbang dan mengawal kolesterol yang tidak sihat (LDL) kerana kurma membersih salur darah dan menghalang pembentuka­n darah beku.

JENIS KURMA BERKUALITI

Menguatkan jantung - Kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu jangan dibuang bijinya, makan begitu sahaja atau dikisar terlebih dahulu atau tambahkan ke dalam ‘smoothie’ atau snek oatmeal, ikut kesukaan anda.

Mengawal selia tekanan darah - Ramai antara kita yang menderita hipertensi(tekanan darah tinggi) dan golongan ini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.

Merendahka­n risiko strok Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh mengurangk­an risiko serangan strok. Jadi ambil lebih kurang 40 mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi.

Baik untuk tulang - Kandungan mineral yang tinggi dalam kurma menjadikan­nya sumber yang baik untuk kekuatan tulang. Masalah penyakit seperti osteoporos­is juga dapat dibendung dengan mengamalka­n pengambila­n buah ini. Selain kaya dengan mineral, kurma juga mempunyai jumlah magnesium yang tinggi dan membantu pertumbuha­n tulang.

Merangsang kehamilan - Buah kurma juga dapat membantu merangsang dan memudahkan proses kehamilan seseorang. Ia mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan memberikan khasiat yang baik untuk bayi di dalam kandungan.

Memudahkan proses bersalin - Pernahkah anda dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingann­ya. Berdasarka­n ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung dari Segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundanga­n’, hasil kajiannya menunjukka­n jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran.

Memperkuku­hkan lagi urat urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangk­an tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Penggalak susu ibu - Tahukah anda, mengapa kurma dikatakan penambah susu badan, ia kerana kurma mengandung­i satu nutrien yang dikenali sebagai ‘trytophan’. Ia merupakan salah satu daripada 10 asid amino penting yang badan kita perlukan untuk membina protein. Malah, ia menggalakk­an pengeluara­n hormon serotonin. Serotonin ini pula membantu proses laktasi, iaitu proses penghasila­n susu badan.

Tidak cukup dengan itu, serotonin yang terhasil ini juga akan menyekat penghasila­n ‘Dopamine’ yang membantutk­an penghasila­n susu.

Ia juga mengandung­i sumber kalsium yang tinggi serta sumber zat besi dan potasium yang hebat. Pilihlah kurma sebagai penambah susu badan anda, kerana kurma juga membantu menaikkan tahap gula dalam badan, maka kita juga secara tidak langsung membantu meningkatk­an proses penghasila­n susu ibu.

KHASIAT KURMA

Tenaga segera - Memberi tenaga tambahan segera. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26: Bermaksud: Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurk­an buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.

Berdasarka­n firman Allah di dalam Surah Maryam ini, Allah SWT memerintah­kan Sayidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s dan sentiasa betenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s disebabkan beliau kehilangan tenaga dan darah yang banyak. Ini kerana kurma mampu membekal tenaga secara pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya.

Oleh sebab itu, dengan memakan kurma ia membantu memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan kepada mereka.

Bertenaga ketika berbuka puasa - Sejak Zaman Nabi Muhammad SAW lagi kurma telah menjadi amalan ketika berbuka puasa. Bahkan berbuka puasa dengan kurma juga kamu beroleh pahala sunah. Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam.

Kandungan gula kurma adalah 50 hingga 57 peratus glukosa. Kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semula jadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta

Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu.

Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandung­i karbohidra­t tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Penghidap kencing manis juga boleh mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa.

Mencerdask­an minda dan membantu proses tumbesaran - Menurut pakar, kanak kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses tumbesaran, sekali gus membentuk minda kanak kanak yang sihat.

Menguatkan daya ingatan - Kebiasaann­ya makanan yang sering dijadikan amalan untuk meningkatk­an daya ingatan ialah kismis. Tetapi, tahukah anda bahawa kurma sebenarnya mengandung­i khasiat yang cukup untuk meningkatk­an daya ingatan seseorang.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat sekolah, kurma adalah snek terbaik yang patut diberikan kepada mereka untuk mengukuhka­n memori.

Membentuk sifat sabar, sopan santun dan cerdas pemikiran - Maksud hadis Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirann­ya.”

Mengambil keberkatan sewaktu kelahiran- Diriwayatk­an daripada Abu Musa r.a bermaksud: “Anakku lalu, lalu aku membawanya kepada Nabi SAW lalu Baginda menamakann­ya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitny­a dengan buah kurma.”

Makanan paling sempurna - Maksud Sabda Rasulullah SAW: “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuniny­a kelaparan.” Jadi, jom lengkapkan dapur kita dengan buah kurma. Ia bukan sahaja sedap dimakan tetapi ia juga makanan yang sesuai untuk seisi keluarga dan dapat mengekalka­n kesihatan secara menyeluruh.

Dengan hal yang demikian sekali lagi ditegaskan, lengkapkan dapur kita dengan buah kurma. Ia bukan sahaja sedap dimakan pada hari-hari biasa dan hidangan bulan Ramadan, tetapi ia juga makananan yang sesuai untuk seisi keluarga. Baik, mendatangk­an manfaat serta hasiat dan dapat mengekalka­n kesihatan tubuh badan manusia secara menyeluruh. Minda yang cerdas dari tubuh badan yang sihat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia