Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP cadang lesen khas perniagaan dalam talian

Langkah melindungi pengguna daripada menjadi mangsa ‘scammer’

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang memperkena­lkan lesen khas perniagaan dalam talian sebagai langkah melindungi pengguna daripada menjadi mangsa ‘scammer’ atau penipuan jual beli di platform tersebut.

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata menerusi lesen tersebut, peniaga akan tertakluk kepada syarat yang perlu dipatuhi, manakala pengguna dapat melakukan pembelian dalam talian tanpa ragu-ragu tentang kesahihan dan reputasi peniaga.

Katanya, pelaksanaa­n lesen khas itu akan dikuatkuas­akan selepas pindaan dilakukan ke atas Peraturan-Peraturan Perlindung­an Pengguna (Urus Niaga Perdaganga­n Elektronik) 2012 di bawah Akta Perlindung­an Pengguna 1999.

“Lesen khas perniagaan dalam talian ini antara langkah efektif untuk memerangi masalah scammer dan kami akan berusaha menguatkua­sakan lesen ini dengan segera,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis Anugerah Pilihan Pengguna 2020-2021, di sini semalam.

Berdasarka­n rekod kementeria­n, katanya, jumlah aduan mengenai transaksi dalam talian pada tahun lepas menunjukka­n peningkata­n iaitu sebanyak 11,510 aduan berbanding 5,414 pada 2019, di mana 7,797 daripada aduan tersebut adalah kerana tidak menerima barangan atau perkhidmat­an yang ditawarkan.

Rosol berkata, risiko penipuan transaksi dalam talian itu

“Lesen khas perniagaan dalam talian ini antara langkah efektif untuk memerangi masalah scammer dan kami akan berusaha menguatkua­sakan lesen ini dengan segera.

Datuk Rosol Wahid

Timbalan Menteri KPDNHEP

boleh dielakkan dengan membuat semakan nombor akaun bank peniaga sebelum melakukan pemindahan wang.

Sebagai contoh, katanya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kemudahan laman web dan aplikasi dikenali sebagai ‘Semak Mule CCID’ untuk pengguna membuat semakan awal seperti akaun bank atau nombor telefon peniaga sebelum pemindahan wang dilakukan.

Dalam pada itu, Rosol berkata Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Kebangsaan juga sedang membangunk­an aplikasi mudah alih yang diberi nama ‘idenfic’ bagi membolehka­n pengguna mengenal pasti serta melaporkan akaun penipu atau scammer melalui beberapa langkah mudah.

“Aplikasi ini akan merekodkan laporan pengguna terhadap akaun bank scammer, supaya pengguna lain boleh dimaklumka­n tentang kes tersebut dan mengelakka­n daripada turut ditipu melalui akaun yang sama.

“Dalam masa sama, aplikasi ini juga dikatakan boleh mengesahka­n penjual yang sahih, boleh dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik sekali gus meningkatk­an keyakinan bakal pembeli,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Rosol (kanan) beramah mesra bersama para pemenang anugerah pada Majlis Anugerah Pilihan Pengguna 2020-2021 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Selangor, Putrajaya semalam. Turut kelihatan Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor Datuk Dr Gavin Voon Shih Chin (kiri). Sebanyak 42 syarikat menerima anugerah pada majlis tersebut.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Rosol (kanan) beramah mesra bersama para pemenang anugerah pada Majlis Anugerah Pilihan Pengguna 2020-2021 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Selangor, Putrajaya semalam. Turut kelihatan Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor Datuk Dr Gavin Voon Shih Chin (kiri). Sebanyak 42 syarikat menerima anugerah pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia