Utusan Borneo (Sarawak)

Kualiti dan standard produk pelanconga­n di bawah KETSA akan dipertingk­atkan

-

LUMUT: Kualiti dan standard produk pelanconga­n di bawah Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli akan ditingkatk­an bagi menambah nilai serta ekonomi hiliran selain menarik pengunjung dalam dan luar negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia antaranya melibatkan kawasan hutan lipur, taman negara, taman negeri, geopark dan produk lain yang berkaitan dengan ekopelanco­ngan di seluruh negara.

Justeru, beliau berkata pihaknya akan bekerjasam­a dengan pelbagai pihak seperti Malaysia Book of Records (MBOR) bagi meningkatk­an standard, kualiti serta pensijilan produk berkenaan.

“Semalam (kelmarin) saya mengadakan mesyuarat dengan Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) untuk memulihkan semua produk pelanconga­n di bawah kementeria­n agar ditingkatk­an nilainya.

“Misalnya Geopark seperti yang ada di Lembah Kinta, Perak, dapat ditingkatk­an nilai dari segi kualiti, standard dan persijilan. Saya percaya banyak produk kita yang nilainya lebih tinggi daripada apa yang ada di negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program pemelihara­an dan pemulihara­an Taman Paya Bakau Bandar dan penanaman 100 pokok bakau, di sini hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Manjung, Syamsul Hazeman Md Salleh.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata bagi memastikan kelestaria­n alam semula jadi tetap terpelihar­a, pihak kementeria­n telah merangka pelbagai program termasuk program penanaman pokok bakau dan spesies bersesuaia­n di pesisiran pantai negara yang dimulakan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Katanya, bermula pada tahun 2005 sehingga tahun lalu, sebanyak 6.9 juta pokok bakau telah ditanam di seluruh negara dengan 1.2 juta pokok daripadany­a telah ditanam di Perak.

“Dalam tempoh itu, sejumlah RM2.74 juta telah diperuntuk­kan kepada negeri Perak manakala pada tahun ini, sebanyak RM482,800 telah disalurkan kepada Jabatan Perhutanan Perak bagi meneruskan pelaksanaa­n program ini,” katanya.

Mengulas mengenai Kempen Penanaman 100 Juta

Pokok 2021-2025 yang dilancarka­n sejak Januari lalu, Shamsul Anuar berkata sehingga kini lebih empat juta pokok telah ditanam di seluruh negara dan angka itu kian meningkat dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Syamsul Hazeman berkata taman paya bakau itu yang diwujudkan sejak 1994 dikenali sebagai Taman Rekreasi Dinding sebelum projek penanaman semula taman berkenaan dilaksanak­an pada tahun 2006 dengan penambahan laluan pemandanga­n sejauh 365 meter dan kemudahan awam lain sebelum dinamakan semula sebagai Taman Paya Bakau Lumut.

Katanya, penjenamaa­n semula Taman Paya Bakau Lumut kepada Taman Paya Bakau Bandar itu dilihat satu nafas baharu di kawasan berkenaan yang mempunyai keistimewa­an tersendiri dengan memiliki ekosistem paya bakau di kawasan berhampira­n bandar.

“Susah kita nak lihat taman paya bakau yang mempunyai ekosistem yang lengkap di tengah-tengah penempatan di kawasan bandar dan kami harapkan para pelancong dapat mengambil manfaat dan berpeluang melihat keunikan taman paya bakau ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANAM: Shamsul Anuar (kiri) menanam anak pokok Bakau Minyak selepas merasmikan Taman Paya Bakau Bandar dan Menanam 100 Batang Pokok Bakau pada Program Pemelihara­an dan Pemulihara­an Taman Paya Bakau Bandar di Lumut semalam.
— Gambar Bernama TANAM: Shamsul Anuar (kiri) menanam anak pokok Bakau Minyak selepas merasmikan Taman Paya Bakau Bandar dan Menanam 100 Batang Pokok Bakau pada Program Pemelihara­an dan Pemulihara­an Taman Paya Bakau Bandar di Lumut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia